Friday, October 31, 2014

Benarkah soya tidak baik untuk lelaki?

As salam..

Teruja nak baca tajuk yang saya baca dari blog salah sorang Master Shaklee saya, Mommy Lyna tentang "Kenapa Soya Tidak Baik Untuk Lelaki?". Ilmu yang harus digali supaya kaum adam ni tidak hanya mendengar khabar2 viral sahaja tentang soya ni.

Benarkah soya tidak baik untuk lelaki? Benarkah soya boleh menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki disebabkan ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita)??



Bolehkan Lelaki Menjadi Lembut Disebabkan Soya?


Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan, kerana ditakuti mempengaruhi kelelakian kaum adam yang mengambilnya. Kaum lelaki memerlukan hormon testosteron untuk menjadikan kelelakiannya berfungsi, manakala wanita pula memerlukan hormon estrogen. Tapi, bagaimana kalau hormon estrogen ni ada pada lelaki? Boleh menjadikan lelaki lembut ke? Auuuuu... Takut tak?

Tapi sebenarnya, banyak kajian dibuat untuk membuktikan perkara ni. Dan hasilnya:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.

Soya Boleh Menurunkan Paras Hormon Kelelakian?


Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki?  Yang bagusnya ia cuma tanggapan semata-mata.

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.

Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.

Protein Soya mampu mengurangkan risiko kanser prostat!

So, terbukti yang soya tidak baik untuk lelaki adalah AUTA semata2.. Jadi janganlah menyebarkan keburukan soya tanpa selidik, ok. Sebarkan sesuatu yang bermanfaat supaya dapat membantu diri sendiri dan juga orang lain tentang perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan.

Thursday, October 30, 2014

ESP Shaklee menggebukan kulit ibu dan bayi

Ting.. ting.. ting..

Tau tak anda2 semua, kalau ibu hamil atau ibu menyusukan baby consistent consume ESP Shaklee ni, bukan je kulit ibu2 je yang gebus gebas.. Kulit baby nya pun malah baby tu sendiri turut sama gebus gebas kebambam.. hahaha.. ayat apa tu ek..?? ;)

Nampak tak permainan ESP ni.. memberikan anda2 semua pakej bonus yang menarik kan.. ibu gebu baby pun gebu malah sihat semangat baby2 nih.

Jom, tengok testimoni ni..






Haaa.. tengok.. comelkan baby2 nih..

Ni la baby2 Shaklee..

Cuba tengok gambar bawah ni pulak..



Kenal tak baby ni..?? Inilah  baby saya.. sumber inspirasi zarahealthylife.blogspot com. Aisha Zara..

Aisha Zara pun baby Shaklee. Ini la hasil consume ESP setiap hari dari awal mengandung hingga lah sekarang. Halus, gebus, gebas.

Apa lagi.. jangan lepaskan peluang ini. Promosi bulan Oktober 2014, Beli 6 ESP Percuma 1 ESP hanya tinggal sehari lagi.

Cepat hubungi saya, untuk mendapat harga promosi yang hebat.

Nak harga lebih murah, jom jadi ahli. Tak nak meniaga pun takpe. Masuk ahli untuk dapatkan harga ahli je pun boleh.. banyak benefit lain menanti anda.

#012-6509036
#sms/wechat/w.app/telegram
#COD (cash on delivery) area, Klang, Shah Alam, Pelabuhan Klang, dan sekitarnya.
#Penghantaran melalui poslaju keseluruh Malaysia juga Brunei, Singapura dan Indonesia.

Wednesday, October 29, 2014

Sustained Release Vitamin C membantu menyembuhkan sakit mata

As salam..

Ni last week punya cerita sebenarnya.. tapi al maklum lah supermommy ni kan.. tak menyempat2 nak mengarang entry. Tapi alhamdulillah hari ni diberi ruang.

Setelah seminggu mc disebabkan sakit mata, rasa lain pulak bila jejakkan kaki ke KL untuk ketempat kerja. Sebenarnya sakit mata tu dah sembuh agak awal. Tapi dah doktor bagi mc berlebih2, terima je lah.. ye dak..?

Mula2 yang kena sebenarnya baby saya. Tapi tak sangka pula bila berjangkit pada yang dewasa mengalahkan zombie mata masing2.. :) Itupun baby saya dapat jangkitan dari anak orang yang ibu saya jaga.. Redha je la bila Allah dah turunkan ujian tu kan.

Hari pertama saya sakit mata sebelah kanan je. Punyalah jaga supaya tak berjangkit ke mata kiri, tapi kena jugak. Macam mana nak elak kan. Dah mata tu sepasang. Kena la fair & square.. hahaha.

Puas lah letak eye drop & eye cream tu. Nak makan Nutriferon takde stok pulak. Upline saya advice untuk ambil Sustained Release Vitamin C.

Alhamdulillah, selepas 3 hari dah nampak susut bengkak mata. Merah pun dah kurang. Badan pun rasa sihat je. Biasanya ramai yang kata kalau kena sakit mata ni sampai 2 minggu berlarutan. Tapi saya syukur sangat tak sampai seminggu pun walaupun pada awalnya mata tu teruk sangat.



#shaklee_effect


Antara kebaikan Vitamin C Shaklee ni:-

1. Membantu meningkatkan sistem imun
2. Membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
3. Memperbaiki symptom pendarahan
4. Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan
5. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
6. Membantu memperbaiki masalah insomnia & stress
7. Membantu mengurangkan symptom flu dan selsema
8. Merangsang pengeluaran T-cells untuk membantu melawan kanser
9. Merangsang pembentukan collagen

Untuk info lanjut atau berminat nak order boleh la hubungi saya, k.. ;)

#012-6509036
#sms/wechat/w.app/telegram

Gulai Lemak Ketam air tangan bapa mertua.

As salam..

Saya memang bertuah mendapat bapa mertua yang baik. Dan yang paling bestnya dia pandai masak. Kalau ada kenduri kendara, dia lah chief memasak kat umah dan kawasan sekitarnya. Dia pun bertuah jugak punya menantu macam saya.. Menantu 'menghantu'.. hehehe..



Saya bukan tak nak memasak, tapi saya lebih suka makan masakan bapa mertua saya tu. Setiap kali kami anak beranak kerumahnya pasti dia akan masak macam nak buat kenduri. So, kalau saya tak makan nanti membazir la pulak kan.. kecik pulak ati dia nanti.. (hahaha.. alasan..).

Yang paling favorite sekali bila dia masak Gulai Lemak Ketam. Saya bukan taknak cuba masak sendiri. Tapi air tangan orang ni lain2 rasanya.. pasti takkan sama (alasan lagi.. ;p).

Gambar hiasan je..


Ok, saya share kat sini bahan2 nya ye..

1. Bawang merah (blend halus)
2. Bawang putih (blend halus)
3. Halia (blend halus)
4. Serai
5. Daun kunyit
6. Cili giling
7. Asam keping
8. Gula & garam (secukup rasa)
9. Opkos la ketam kan.. ;)


Orait.. cara masak pandai2 la ye campak2 & agak2.. saya cakap nak share bahan2 dia je bukan nak share cara masak.. hahaha.. jangan marah..

Selamat mencuba..



Tuesday, October 28, 2014

Wanita juga boleh terkena Angin Pasang (Hernia)

As salam.. 

Tau kah anda semua yang wanita juga boleh menghidap angin pasang..??

Ya, memang kebanyakan yang diserang angin pasang adalah lelaki. Tetapi ada juga wanita yang terkena angin pasang ni. Mungkin nisbahnya 1:1000. Saya pun baru tau setelah salah seorang wanita yang diserang itu adalah ibu saya sendiri. Jom kita ambil tahu sikit apa itu Angin Pasang (Hernia) ni..

Apa itu Angin Pasang (Hernia)?

Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat bonjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai 'reducible'.


Jenis-jenis Hernia (Angin Pasang)
1. Inguinal hernia: Berlaku di bahagian kelangkang. Tujuh puluh lima peratus hernia adalah dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Hernia jenis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu langsung dan tidak langsung. Keduanya dibezakan melalui sedikit perbezaan berdasarkan kepada punca kejadian mereka. Kedua-duanya boleh kelihatan serupa semasa membonjol di kawasan kelangkang. Membezakan antara keduanya adalah amat penting semasa membuat diagnosa klinikal.

2. Hernia femoral: Saluran femoral adalah jalan di mana salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan peha. Biasanya saluran ini ketat dan padat, tetapi kadangkala ia menjadi besar untuk membolehkan kandungan abdomen menonjol ke dalam saluran tersebut. Hernia femoral menyebabkan bonjolan di bahagian bawah lipatan kelangkang, di kawasan tengah peha. Biasanya berlaku kepada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat pasang surut/irreducible dimana ia tidak boleh ditolak masuk.

3. Hernia hirisan: Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris. Ia  menyebabkan kawasan bekas hirisan ini menjadi lemah. Hernia boleh terjadi pada bahagian yang lemah ini. Ia berlaku dalam 2%-10% pembedahan abdomen.

Bagaimana Hernia (Angin Pasang) boleh berlaku?
Hernia yang berlaku di kalangan warga tua samada disebabkan oleh adanya jalan yang terbentuk semasa perkembangan fetus, bukaan sedia ada di dalam ruang abdomen atau kawasan dinding abdomen lemah oleh sebab sesuatu keadaan.
Apa jua keadaan yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam ruang abdomen boleh menyumbang kepada pembentukan hernia atau menerukkan lagi hernia. Contoh termasuk:
  • Obesiti,
  • Mengangkat objek berat,
  • Batuk,
  • Meneran semasa buang air besar atau kecil
  • Penyakit paru-paru kronik dan,
  • Ada cecair di dalam ruang abdomen.

Apakah gejala, tanda-tanda dan komplikasi Angin Pasang (Hernia)?
Gejala dan tanda-tanda hernia adalah berbagai-bagai. Ia boleh jadi ringan iaitu seseorang mengadu menghidapi bonjolan yang tidak sakit yang timbul apabila berdiri atau batuk atau meneran dan masuk balik bila berbaring atau ditolak masuk dengan tangan.
Ada yang datang dengan gejala dan tanda-tanda yang teruk seperti bonjolan yang sakit, tidak boleh disentuh apa lagi ditekan masuk balik ke dalam ruang abdomen, kulit luar mungkin kelihatan merah kehitaman dan pesakit mungkin demam. Ini adalah akibat kandungan bonjolan seperti usus telah mengalami kekurangan bekalan darah akibat himpitan (jerutan) salur darah biasanya di lubang bukaan hernia. Ia dikenali sebagai angin pasang terbelit (strangulated hernia).

Apakah kaedah rawatan untuk Angin Pasang (Hernia)?
Penjagaan di Rumah
Secara umum semua jenis angina pasang perlu dibedah kecuali seseorang pesakit tidak boleh menjalani pembedahan atas sebab-sebab kesihatan yang lain.
Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti batuk, angkat objek berat atau meneran yang boleh menyebabkan angina pasang menjadi lebih besar. Seseorang yang batuk perlu mendapatkan rawatan.
Seseorang yang meneran semasa buang air besar atau kecil perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui puncanya. Ia mungkin disebabkan masalah sembelit atau masalah kelenjar prostat besar (benign prostatic hyperplasia) yang perlu dirawat.
Rawatan Perubatan
Bergantung kepada samada ia boleh surut atau tidak boleh surut dan kemungkinan terbelit.



Monday, October 27, 2014

Testimoni terbaru GLA Complex - senggugut bertahun hampir hilang

As salam..

2-3 hari ni sibuk sangat menguruskan masalah yang datang bertimpa2.. Alhamdulillah.. semuanya dapat diselesaikan dengan baik sekali.

Semoga dugaan dan ujian yang datang akan menjadikan saya seorang yang lebih sabar dan kuat dan semoga semuanya berakhir dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah..

Dalam pada kesibukan tu sempat juga bertanya khabar customer2. Memang jadi amalan saya untuk follow-up customer2 yang membeli dengan saya.

Teruja saya bila mendapat perkhabaran gembira dari customer cum kawan sekerja lama yang beli GLA Complex dengan saya.

Dia memang mengalami senggugut yang teruk setiap kali datang bulan. Dari awal2 remaja dulu dah kena senggugut ni. Setiap kali diserang senggugut pasti dia akan merengkok2 macam tenggiling tu dan sakit berhari2. Dan setiap kali itulah dia akan mengambil mc. So, setiap bulan memang mc tu dah jadi rutin. Pernah sekali masa diserang senggugut dipejabat, sampai beliau tak mampu berjalan langsung. Kesian sangat pada dia. Dah la muda lagi dan baru berkahwin.

Saya pernah suggest pada dia untuk cuba GLA Complex, tapi masa tu dia kata dia dah beli EPO (Evening Primrose Oil) dari brand lain.. Bagi saya takde masalah dan saya tak memaksa sebab bukan saya yang sakit.

Masa promotion GLA baru2 ni saya cuba lagi suggest kat dia untuk mencuba coz saya dapat tau sakit yang dia alami setiap bulan tu masih belum pulih. Alhamdulillah, dia terbuka hati untuk mencuba.

Alhamdulillah juga masa saya tanya khabar semalam tu dia kata yang 2 bulan ni datang bulan, senggugut dia dah hampir tiada. Tinggal sikit2 saja lagi. Happy sangat dengar. Dan dia pun dah buat ujian IUI dan sedang menanti keputusan samada dia hamil atau tidak.

Syukur sangat kehadrat Illahi sebab dapat membantu orang lain.. Semoga dia mendapat perkhabaran yang lebih baik lepas ni.



Saturday, October 25, 2014

Lecithin - Vitamin Minda

As salam..

Kebanyakan orang yang beli Lecithin daripada saya tujuannya untuk mengurangkan berat badan.

Lecithin Shaklee yang berasaskan kacang soya adalah  “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’. Dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Ia mampu mengurangkan risiko obesiti dan penyakit kardiovaskular.

Tapi tahukah anda2 semua yang Lecithin Shaklee juga mampu menajamkan minda anda??

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan cethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati adalah lecithin.


Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 





So, sambil2 menurunkan berat badan tu dalam masa yang sama boleh menajamkan minda. WOW..!! Hebatkan Shaklee..

1 Vitamin pelbagai khasiat.

Lecithin Shaklee sangat2 sesuai untuk student. Lecithin Shaklee juga boleh diberi kepada kanak2 berusia 12 tahun ke atas mengikut sukatan yang sesuai.

Selamat, berkesan, jimat dan mampu milik.

******************************************************************


~JOM PILIH CARA HIDUP SIHAT~

ID: 911023

Saya adalah wakil Shaklee untuk penghantaran seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email saya di irenekass.fifi@gmail.com atau sms/w.app/wechat/telegram saya di 012-6509036.

Testimoni Enfuselle Skin Care Shaklee

Hai,

Berikut adalah hasil penyelidikan/ujian Enfuselle dan beberapa produk terkemuka antarabangsa keatas sebiji epal selama 3 hari:-





Antara testimoni penjagaan kulit Enfuselle, Shaklee..













Biar mereka yang berbicara..

Masih tak percaya?? Cubalah sendiri.. tak rugi pun.

Penggunaan jimat, kualiti hebat dengan harga mampu milik.

# 012-6509036
# sms/w.app/wechat/telegram 

Friday, October 24, 2014

Testimoni Herblax

As salam..

5 Khasiat Herblax:-

1. Membantu mengempiskan perut

2. Membersihkan najis yang tersekat

3. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut

4. Membantu mengurangkan masalah sembelit

5. Membantu mengembalikan semula proses semulajadi pembersihan usus (natural bowel movement).


Antara testimoni Herblax:-










Cara pengambilan Herblax (sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas)

  • Untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu (4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • Untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam, 2-4 biji sebelum tidur.

PERHATIAN!!

  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herblax.
  • Untuk keadaan normal, kebiasaan Herblax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herblax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.

Berminat nak mengempiskan perut atau mencuci usus anda, jangan malu2 untuk hubungi saya, k.

Dijamin berkesan, jimat, selamat dan mampu milik.

#012-6509036
#sms/wechat/w.app/telegram

Enfuselle Skin Care Shaklee (part 2)

As salam..

Kesinambungan daripada entry sebelum ni, seperti yang dijanjikan. Saya berpegang pada janji, ok.. hehehe..




RUTIN ASAS HARIAN
Tiga langkah pada setiap pagi dan petang akan menjadikan kulit kekal sihat.

✔ MEMBERSIHKAN;

✔ MENEUTRALKAN; dan

✔ MELEMBAPKAN.

Berikut adalah set cadangan dan penerangan ringkas mengenai Enfuselle Skin Care Shaklee:-

KULIT NORMAL HINGGA KULIT KERING

**MEMBERSIHKAN**
HYDRATING CLEANSING LOTION

Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotoran, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

**MENEUTRALKAN**
HYDRATING TONER

Hydrating Toner membersihkan dan melegakan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semula jadi kulit, membersihkan dan melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
**MELEMBAPKAN**
HYDRATING MOISTURIZER

Krim yang kaya dengan pelembap, tanpa minyak dan tidak melekit ini bertindak pantas untuk menghidratkan kulit serta menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

KULIT NORMAL HINGGA KULIT BERMINYAK


**MEMBERSIHKAN**
PURIFYING CLEANSING GEL

Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.
  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

**MENEUTRALKAN**
PURIFYING TONER

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • Membantu mengawal kilauan minyak
  • Hipoalergenik

**MELEMBAPKAN**
BALANCING MOISTURIZER
 
Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik

SEMUA JENIS KULIT



EYE TREATMENT

Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh


******************************************************************


~JOM PILIH CARA HIDUP SIHAT~

ID: 911023

Saya adalah wakil Shaklee untuk penghantaran seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email saya di irenekass.fifi@gmail.com atau sms/w.app/wechat/telegram saya di 012-6509036.

Thursday, October 23, 2014

Enfuselle Skin Care Shaklee - Rahsia muda jelita

As salam semua..

Beberapa hari terpaksa meng 'mc' kan diri dari mengarang entry coz sakit mata.. Terpaksa jugak merehatkan mata walaupun dalam fikiran macam2 yang nak diluahkan.

Takpe lah.. semoga musibah yang melanda tu mendapat pengakhiran yang baik2 je, insyaAllah.. Walaupun hari ni mata tu ada kelabu2 asap sikit, tapi gatal juga nak baca buku panduan nutrisi. Dah belek2 tu seronok pulak bila baca tentang produk penjagaan kulit Enfuselle Shaklee.

Wahhh.. Jangan tak tau, hokey.. Shaklee juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit yang termaju dipasaran tau. Lebih baik malah lebih jimat dari produk berjenama antarabangsa yang top2 tu. Haaa... tu dia. Bukan penjagaan kecantikan dalaman je hokey, luaran pun ado.. Orang2 pompuan ni kan memang suka bab cantik2 ni. Walaupun dah jaga kecantikan dari dalam, tak lengkap hidup perempuan tu kalau takde benda nak tempek2 kat muka.. hehehe saya la tu salah sorang nye. Meh saya citer sikit, k tentang Enfuselle Skin Care Shaklee..

Shaklee telah menjalankan penyelidikan nutrisi selama lebih 50 tahun untuk mencipta set penjagaan kulit yang termaju di pasaran ni. Nutrisi adalah kunci utama untuk wajah yang sihat dan cerah berseri. Yang paling penting adalah nutrien yang betul, jumlah yang betul dan mengikut kesesuaian kulit anda.

Asas Enfuselle ialah Vital Repair+ Complex Shaklee yang eksklusif. Satu campuran sinergi tujuh nutrien antipengoksida yang menghasilkan hasil yang lebih hebat berbanding penggunaan nutrien secara berasingan.

Perbezaan Shaklee:-

☆ Berasaskan nutrien

☆ Terbukti secara klinikal

☆ 7 paten

☆ Diuji oleh pakar dermatologi

☆ Sentiasa tidak menimbulkan alahan

☆ pH seimbang

☆ Tidak diuji pada haiwan


Enfuselle Skin Care Shaklee telah dirumuskan TANPA:-

♧ Parabens
♧ Natrium lauril sulfat atau natrium
♧ Propilena glikol
♧ Penghasilan daripada haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
♧ Minyak mineral atau petrolatum
♧ FD&C atau pewarna
♧ Ftalat
♧ 1,4 - dioksana


Enfuselle Skin Care atau Nutrition Therapy Skin Care System ini terdiri daripada:-

1. HYDRATING CLEANSING LOTION

2. PURIFYING CLEANSING GEL

3. HYDRATING TONER

4. PURIFYING TONER

5. HYDRATING MOISTURIZER

6. BALANCING MOISTURIZER

7. EYE TREATMENT





Saya akan cerita lebih lanjut dalam entry seterusnya, k..

Tunggu..

Tuesday, October 21, 2014

Mealshakes membantu melindungi anak-anak dari jangkitan sakit mata

As salam..

Syukur kehadrat Illahi kerana melindungi anak-anak syurga saya dari terkena jangkitan sakit mata yang melanda keluarga saya baru-baru ini. Bayangkan kalau yang dewasa ni pun tak menahan rasanya dengan sakit mata ni. Gatal, merah, bengkak, berpasir, air mata yang banyak, bertahi mata dan macam2 lagi la. Ini kan pula anak2 kecil. Tak dapat dibayangkan macam mana perasaan mereka.

#shaklee_effect

Tiba2 teringat pula yang saya ada memberi anak2 syurga saya Mealshakes setiap hari. Mealshakes adalah multivitamin yang membantu menguatkan antibodi anak2 saya dan melindungi mereka dari dijangkiti.

Anak kedua saya juga mengalami demam pada hari yang sama, saya sangkakan dia juga mendapat sakit mata kerana matanya berair. Alhamdulillah rupanya dia tak kena jangkitan. Matanya berair kerana panas badan. Tapi syukur kehadrat Illahi kerana demamnya hanya satu hari. Sebelum dia consistent consume Mealshakes ni, demam dia sering berulang2 dan mesti 2-3 hati baru baik. Tapi sekarang tidak lagi.

Dan yang paling ketara, selera makan mereka juga semakin bertambah. Tak perlu lagi ajak mereka makan nasi. Mereka yang akan minta sendiri. Dan alhamdulillah semangat juga tengok mereka makan. Kalau tak dulu pasti bergaduh dengan anak2 soleh saya ni setiap kali nak suruh makan nasi.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai fungsi dan khsiat Mealshakes anda boleh klik link di bawah, k:-





Terima kasih Allah.. terima kasih Shaklee.. kerana membantu dan memudahkan urusan saya di saat saya memerlukan.




Jom rewardkan anak2 dengan memberi mereka Mealshakes setiap hari (untuk kanak2 berumur setahun ke atas sahaja).

Mungkin ada sesetengah ibu2 berpendapat buat apa nak beri makanan tambahan kepada kanak2..? Tapi cuba tanya pada diri anda sendiri.. adakah anda mampu membekalkn anak2 anda makanan berkhasiat yang lengkap dengan pelbagai nutrisi setiap hari..? Masak masakan dan beri minuman berkhasiat kepada anak2 setiap hari..? Bolehkah anda pastikan makanan2 yang segera yang dibeli direstoran2 atau dikantin sekolah adalah berkhasiat dan terjamin..? Almaklumlah, ada masa ibu2 pasti akan ada masalah malas atau tak sempat nak masak kan..

Bagi saya, yang sentiasa sibuk dengan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan, makanan tambahan adalah penting untuk anak2 saya. Walau seringkas mana pun makanan yang saya berikan pada anak2, saya dah tak risau kerana Mealshakes mengandungi pelbagai nutrisi yang kanak2 perlukan. Tambahan pula dengan cuaca dan pelbagai virus pelik2 yang melanda sekarang, saya yakin makanan tambahan ini mampu untuk menghalang mereka dari dijangkiti (atas keizinan Allah juga, insyaAllah).. Maafkan mommy ye anak2 syurga, bukan mommy ambil jalan mudah, tapi apa yang mommy lakukan untuk kesenangan masa depan kalian kelak.

1 canister Mealshakes mampu bertahan sehingga 2 bulan penggunaan walaupun anak2 saya berkongsi. 1 hari satu scoop kecil sahaja dicampurkan kedalam minuman kegemaran mereka atau susu formula mereka. Jimatkan..

Bak kata orang, JIMAT MEMBELI, MENANG MEMAKAI.. Berbaloi-baloi..

Soft Fabric Concentrate Shaklee

As salam.. 

Soft Fabric Concentrate Shaklee juga merupakan salah satu rangkaian produk Healthy Home Shaklee.

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan



Perbezaan pelembut Shaklee dan pelembut lain

Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Petua Berguna
  • Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembut berbanding sebelumnya.
  • Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.

Penggunaan yang jimat, selamat pada anda, keluarga dan alam sekitar. Hasil yang maksimum dan terbaik jika digandingkan dengan Fresh Laundry Concentrate (powder).

Jom, jadikan rangkaian Healthy Home Shaklee sebagai pilihan untuk membantu kerja2 rumah anda. Ianya diperbuat dari bahan2 semulajadi yang nyata selamat kepada anda, bayi, haiwan mahupun alam sekitar. Harga jimat, penggunaan jimat.

******************************************************************


~JOM PILIH CARA HIDUP SIHAT~

ID: 911023

Saya adalah wakil Shaklee untuk penghantaran seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email saya di irenekass.fifi@gmail.com atau sms/w.app/wechat/telegram saya di 012-6509036.