Sunday, June 26, 2016

3 benda wajib dalam bag (selain kunci, purse dan handphone)

Kalau nak keluarkan semua isi dalam bag tu, memang terkejut 1 malaysia nanti.. macam-macam khazanah ada dalam bag tu walaupun kecik. Kalau masukkan barang dalam bag tu, memang sempat kena marah la ngan orang sebelah ni, sebab lama sangat nak keluarkan balik. Tapi orang perempuan terutama ibu-ibu yang ada anak-anak kecik tak heran dah kan.. 😂😂😂

Tapi yang 3 benda kat luar bag tu memang saya tak boleh tinggalkan sekarang ni. Boleh kata wajib ada dalam bag la kalau nak keluar. Kalau tertinggal salah 1 macam tak lengkap je.. rasa nak patah balik je rasanya.

3 benda tu ialah Nutriferon, Herbal Blend dan pill box saya. Nutriferon dan herba blend cream ni macam 1st aid la untuk anak-anak. Kalau tetiba je diorang demam atau kena gigitan serangga, Nutriferon dan herbal blend ni la yang saya akan capai dulu. Lagipun si baby ni memang ada mild eczema. So, herbal blend ni memang tak boleh tinggal. Kalau tak tergaru-garu la dia sepanjang hari.

Pill box ni biasanya saya akan isi vitamin-vitamin yang saya tak sempat nak makan. Kalau tak makan nanti rasa tak lengkap hari tu. So, saya akan isikan siap-siap untuk di makan kemudian.

Apa barang wajib ada korang yang perlu ada dalam bag ek?? Cer share sikit kat komen.

♡iK♡
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#wahmillionaire


Saturday, June 25, 2016

SET MIGHTY 3 GEMS

Bila bulan puasa je dia wajib ada.. bila bulan puasa je dia mesti ada..

Apa bendanya??

Mighty 3 Gems Set ni la.. ESP, Mealshakes dan Performance Drink (PD).

Best sangat ke M3G ni??

Opkos la best.. sebab dia sangat-sangat membantu super mommy macam saya ni. Sentiasa bertenaga, sihat dan tak cepat lapar di bulan mulia ni. Lagi-lagi breastfeed mom macam saya ni. Kalau kerap baby menyusu, memang kering dikk.. Baby saya ni dah 2 years plus. Tapi sebab yang bongsu kan.. manja terlebih. So, macam sayang je nak stopkan breastfeed tu. 😁😁😁 Dengan amalkan M3G ni, susu tak drop, dan saya pun tak letih. So, takde alasan nak ponteng puasa, k..



Apa fungsi M3G ni??

ESP ⏩ sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.

Mealshakes ⏩ sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Mealshakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.

PD ⏩ minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.  Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

Best ke best?? Jom cuba. Mesti korang jatuh cinta dengan M3G set ni nanti.

Nak order boleh pm/w.app saya, k.

iK♡0182608740
#sidproshakleeklang
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

MY 1ST AID KIT

Apa 1st aid yang perlu/wajib ada kat rumah korang..??

Saya pilih:
⭐ Herbal blend
⭐ Basic H
⭐ Nutriferon
⭐ Omega guard
⭐ Vivix




Haaa.. ni lah yang wajib ada dirumah saya sekarang. Nak buat yang natural remedies tu, kadang-kadang tak terbuat dan kadang-kadang susah anak-anak nak terima. So, saya pilih yang senang, natural (tanpa bahan kimia), drug free, selamat dan berkesan.

1. Herbal blend - digunakan ketika melecur, terkena gigitan serangga terutamanya nyamuk, ruam atau gatal-gatal dan disapukan diseluruh badan anak-anak semasa mereka demam.

2. Basic H - memang teman baik saya dirumah sebagai pencuci serbaguna. Tapi di saat anak-anak demam atau kena skin allergy, saya akan mandikan mereka dengan Basic H ni. Kalau mereka jatuh dan terluka pun saya akan basuhkan dengan Basic H ni dulu sebelum saya sapu Herbal Blend. Ia bertindak seperti antiseptic.

3. Nutriferon - sejak kenal Nutriferon ni saya dah limitkan penggunaan ubat-ubatan. Walaupun belum 100% tapi boleh dikatakan hampir tiada. Bila anak-anak demam atau selsema saya akan beri mereka ni Nutriferon untuk menguatkan kembali sistem imun badan mereka.

4. Omega Guard - selain untuk perkembangan minda anak-anak dan untuk kesihatan mereka, Omega Guard ni sangat diperlukan ketika anak-anak batuk. Cepat jugak ianya bertindak untuk meredakan batuk.

5. Vivix - saya suka ambil Vivix ni kalau saya diserang batuk. Effective sangat. So, saya dah tak perlu ubat batuk yang membuatkan saya mengantuk, lemah dan pening.

Alhamdulillah.. semua ni sangat sesuai dengan saya dan keluarga. Semua penyembuhan pun dengan izin Allah. Saya hanya berusaha untuk memberi yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Jom bertukar!!

Saya sudah.. 😊😊

Pm/w.app saya untuk order dan konsultasi percuma, k.

iK♡0182608740

#sidproshakleeklang
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Thursday, June 23, 2016

Impian oh impian



Berhantu betul tengok home deco. Lagi-lagi kalau tengok deco bilik anak-anak. Memang teringinnn sangat nak deco bilik anak cantik-cantik macam dalam gambar tu.

Tapi kos untuk merealisasikan teringin tu bukannya sikit uolls.. koyak jugak la poket. Perabut la ni semua mahal-mahal. Lagi-lagi kalau yang unik-unik. Jangan kata perabut, cat je pun dah beratus setong.

Walaupun tak kerja hebat dah, hanya kerja kat rumah, tak semestinya kita tak leh capai apa yang kita impikan tu kan. Asalkan ada usaha yang kuat. Yakin dengan rezki Allah. Pasti Dia bantu.

In sya Allah, mommy pasti tunaikan ye anak-anak. Doakan mommy diberi rezki yang banyak. Mommy nak tengok anak-anak mommy happy.

Setakat ni impian saya untuk menaja Vivix untuk ibu ayah setiap bulan dah tercapai. Alhamdulillah.. terima kasih Allah. Semuanya dengan izin-Mu.

Nampak.. tak mustahilkan.. walaupun kerja kat umah je.

Untuk soulmate takde impian ke?? Hahaha.. Ada la jugak. Tapi taknak mention kat sini. Nanti dia baca dia duk sengihhhh je. Seram iolls nanti. 😂😂😂

♡iK♡
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#wahmillionaire

Tuesday, June 21, 2016

Apa istimewanya OMEGA Guard Shaklee??




Korang tau tak??

Apa istimewanya OMEGA GUARD SHAKLEE dan kenapa saya yakin dengannya??

Kandungannya:

✅ menjalani 3 kali proses penyulingan utk bebas dari merkuri dan bahan bahaya dari ikan laut dalam.
✅ sangat natural dan bergred farmasi
✅ ekstrak dari ikan, bukan dari hati ikan yang bertoksik
✅ 3x lebih tumpat dari minyak hati ikan

Botolnya:

✅soy based ink - dakwat yg digunakan pada botol adalah berasaskan soya
✅bottle bpa free - botolnya adalah bebas BPA

Haaa.. hebatkan Omega Guard Shaklee ni. Bukan sahaja kandungannya yang bebas bahan kimia, botolnya juga bebas bahan kimia.

Sebab tu ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

JOM dapatkan sekarang.

Jadilah pengguna bijak!!

Nak order, w.app iK♡0182608740.

#sidproshakleeklang
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Monday, June 20, 2016

Supplement wajib di bulan Ramadhan

Bulan puasa ni memang mencabar.. walaupun iK berkerja hanya dari rumah. Tapi bukan senang ye nak jaga anak-anak orang. Kalau anak sendiri je boleh tahan lagi.

Tapi tak boleh beralasan. Nak cari rezki yang halal kena lah sihat dan bertenaga. Sebab tu iK amalkan supplement tambahan untuk boost energy iK. Walaupun bulan puasa, tapi masih cergassss je.



Untuk energy booster, iK amalkan VIVIX. Biasanya kalau masa sahur tu iK amik terus sesudu teh. Masa berbuka pula iK lebih suka yang dicampur dalam air sejuk.. segarrr je. Nak bangun sahur pun senang tau. Takde malas-malas. Alhamdulillah setakat ni belum lagi terlajak bangun.. 😁😁😁

Sejak berhenti kerja pejabat ni alhamdulillah, bersahur dan berbuka bersama keluarga. Kalau dah dengan keluarga besar ni, makan sangatlah meriah. Walaupun lauk sejenis dua je, tapi berselera lain macam. So, untuk itu iK amalkan Lecithin dan Herblax.

Lecithin ni untuk mengemulsi lemak dan kolesterol. Maknanya, Lecithin ni membantu block lemak-lemak yang kita makan tu. Biasanya iK amalkan 6 biji sebelum makan. Takde la lemak-lemak tu buat rumah teres dalam badan iK. 😂😂😂

Herblax pulak membantu detox toxin dalam usus keluar dari badan. iK amik 4 biji sebelum tidur. Esok pagi, memang clear dalam perut tu.. legaaa uolls..

Kalau korang berminat dengan supplement yang iK amalkan ni, pm/w.app iK ye.

*Sihat-sihat Ramadhan bersama Shaklee*

iK♡0182608740

#sidproshakleeklang
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Sunday, June 19, 2016

Ikhtiar Rabun dan Silau Mata

Rabun..?? Silau..??

Cuba carotamax ni..

Secara purata, badan kita menyerap kira-kira hanya 8mg karotenoid lutein, likopena, dan beta karotena. Carotomax Shaklee membekalkan lebih 13mg karoteniod berfaedah ini.

Apa itu carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada lobak, tomato dan sebagainya. Lobak, kentang, bayam, tomato adalah antara sumber kaya dengan carotenoid.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

iK♡0182608740

#sidproshakleeklang
#tsunamishaklee
#wahmillionaire


Pengalaman COD (Cash On Delivery)

Teringat pengalaman masa mula-mula aktif biz Shaklee ni. Baru pandai nak ber COD (cash on delivery). Nak hantar sendiri barang jualan direct ke customer.

1. Malu - saya ni peramah ngan orang-orang yang dikenali je. 😁😁
2. Sesat - saya memang tak expert guna GPS / google maps. Suka redah je. Kadang-kadang beberapa kali duk pusing-pusing tempat sama. Sebab nak confirmkan betul-betul umah customer. Malu woo kalau ketuk salah umah.
3. Takut - ye la, kita nak jumpa orang yang tak dikenali kan. Harus ada perasaan takut tu.

Tapi sekarang ok dah.. Memang pengalaman tu sangat penting untuk build kita punya confident level. Apa yang negative semua kena tolak tepi untuk berjaya. Semua tu tak boleh dijadikan alasan untuk berbisnes.

Bagus sebenarnya berjumpa dengan customer ni. Kita dapat mengenali mereka dengan lebih dekat. Bila dah kenal, in sya Allah, customer ni akan lebih ramah dan ingat pada kita. Saya lebih mengenali jiran-jiran saya melalui cod ni la. Kalau tak, kenal nama mereka je dalam group w.app taman.. 😅😅😅

Jalan-jalan pun dah expert dah.. sesat tu biasa la. Kalau tak sesat, kita takkan tau tempat-tempat baru. Takut tu tetap perlu ada sikit. Supaya kita lebih berhati-hati sebenarnya.

*gambar diambil oleh amatur.. sila abaikan ye.. 😂😂😂

♡iK♡
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#wahmillionaire