Friday, October 31, 2014

Benarkah soya tidak baik untuk lelaki?

As salam..

Teruja nak baca tajuk yang saya baca dari blog salah sorang Master Shaklee saya, Mommy Lyna tentang "Kenapa Soya Tidak Baik Untuk Lelaki?". Ilmu yang harus digali supaya kaum adam ni tidak hanya mendengar khabar2 viral sahaja tentang soya ni.

Benarkah soya tidak baik untuk lelaki? Benarkah soya boleh menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki disebabkan ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita)??



Bolehkan Lelaki Menjadi Lembut Disebabkan Soya?


Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan, kerana ditakuti mempengaruhi kelelakian kaum adam yang mengambilnya. Kaum lelaki memerlukan hormon testosteron untuk menjadikan kelelakiannya berfungsi, manakala wanita pula memerlukan hormon estrogen. Tapi, bagaimana kalau hormon estrogen ni ada pada lelaki? Boleh menjadikan lelaki lembut ke? Auuuuu... Takut tak?

Tapi sebenarnya, banyak kajian dibuat untuk membuktikan perkara ni. Dan hasilnya:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.

Soya Boleh Menurunkan Paras Hormon Kelelakian?


Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki?  Yang bagusnya ia cuma tanggapan semata-mata.

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.

Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.

Protein Soya mampu mengurangkan risiko kanser prostat!

So, terbukti yang soya tidak baik untuk lelaki adalah AUTA semata2.. Jadi janganlah menyebarkan keburukan soya tanpa selidik, ok. Sebarkan sesuatu yang bermanfaat supaya dapat membantu diri sendiri dan juga orang lain tentang perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan.