Tuesday, October 21, 2014

Mealshakes membantu melindungi anak-anak dari jangkitan sakit mata

As salam..

Syukur kehadrat Illahi kerana melindungi anak-anak syurga saya dari terkena jangkitan sakit mata yang melanda keluarga saya baru-baru ini. Bayangkan kalau yang dewasa ni pun tak menahan rasanya dengan sakit mata ni. Gatal, merah, bengkak, berpasir, air mata yang banyak, bertahi mata dan macam2 lagi la. Ini kan pula anak2 kecil. Tak dapat dibayangkan macam mana perasaan mereka.

#shaklee_effect

Tiba2 teringat pula yang saya ada memberi anak2 syurga saya Mealshakes setiap hari. Mealshakes adalah multivitamin yang membantu menguatkan antibodi anak2 saya dan melindungi mereka dari dijangkiti.

Anak kedua saya juga mengalami demam pada hari yang sama, saya sangkakan dia juga mendapat sakit mata kerana matanya berair. Alhamdulillah rupanya dia tak kena jangkitan. Matanya berair kerana panas badan. Tapi syukur kehadrat Illahi kerana demamnya hanya satu hari. Sebelum dia consistent consume Mealshakes ni, demam dia sering berulang2 dan mesti 2-3 hati baru baik. Tapi sekarang tidak lagi.

Dan yang paling ketara, selera makan mereka juga semakin bertambah. Tak perlu lagi ajak mereka makan nasi. Mereka yang akan minta sendiri. Dan alhamdulillah semangat juga tengok mereka makan. Kalau tak dulu pasti bergaduh dengan anak2 soleh saya ni setiap kali nak suruh makan nasi.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai fungsi dan khsiat Mealshakes anda boleh klik link di bawah, k:-





Terima kasih Allah.. terima kasih Shaklee.. kerana membantu dan memudahkan urusan saya di saat saya memerlukan.




Jom rewardkan anak2 dengan memberi mereka Mealshakes setiap hari (untuk kanak2 berumur setahun ke atas sahaja).

Mungkin ada sesetengah ibu2 berpendapat buat apa nak beri makanan tambahan kepada kanak2..? Tapi cuba tanya pada diri anda sendiri.. adakah anda mampu membekalkn anak2 anda makanan berkhasiat yang lengkap dengan pelbagai nutrisi setiap hari..? Masak masakan dan beri minuman berkhasiat kepada anak2 setiap hari..? Bolehkah anda pastikan makanan2 yang segera yang dibeli direstoran2 atau dikantin sekolah adalah berkhasiat dan terjamin..? Almaklumlah, ada masa ibu2 pasti akan ada masalah malas atau tak sempat nak masak kan..

Bagi saya, yang sentiasa sibuk dengan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan, makanan tambahan adalah penting untuk anak2 saya. Walau seringkas mana pun makanan yang saya berikan pada anak2, saya dah tak risau kerana Mealshakes mengandungi pelbagai nutrisi yang kanak2 perlukan. Tambahan pula dengan cuaca dan pelbagai virus pelik2 yang melanda sekarang, saya yakin makanan tambahan ini mampu untuk menghalang mereka dari dijangkiti (atas keizinan Allah juga, insyaAllah).. Maafkan mommy ye anak2 syurga, bukan mommy ambil jalan mudah, tapi apa yang mommy lakukan untuk kesenangan masa depan kalian kelak.

1 canister Mealshakes mampu bertahan sehingga 2 bulan penggunaan walaupun anak2 saya berkongsi. 1 hari satu scoop kecil sahaja dicampurkan kedalam minuman kegemaran mereka atau susu formula mereka. Jimatkan..

Bak kata orang, JIMAT MEMBELI, MENANG MEMAKAI.. Berbaloi-baloi..