Sunday, September 28, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE KE SELURUH MALAYSIA

As salam dan salam sejahtera..

Saya Noorfazrin Abu Kassim, seorang pengedar sah supplement/vitamin Shaklee keseluruh negara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan belian secara on line yang amat mudah, cepat dan selamat.

Saya juga menyediakan perkhidmtan CASH ON DELIVERY (COD) ke kawasan Klang khususnya dan juga kawasan sekitar yang berdekatan termasuk Shah Alam, Banting dan Lembah Klang.

Berikut adalah details saya untuk memudahkan anda menghubungi saya:

♡ Nama : Noorfazrin (Arin / Irene)
♡ ID No : 911023
♡ E-mel : irenekass.fifi@gmail.com
♡ Fb/pinterest/instagram : Irene Kass
♡ Fb page : zarahealthylife.blogspot.com
♡ sms/w.app/wechat/telegram : 018 260 8740

Kenapa anda boleh pilih/mengharapkan saya sebagai pengedar supplement anda?

~~》 Saya memberikan khidmat yang pantas, cekap dan amanah..
~~》 Saya akan memberikan free consultation, sebelum dan selepas membeli, kepada setiap pembeli yang membeli supplement dari saya..
~~》 Saya akan sentiasa follow up customer2 saya untuk mengetahui perkembangan mereka..

Saturday, September 27, 2014

Kanser usus tahap 4 semakin sembuh dengan Vivix Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur kehadrat Illahi dengan keizinan-Nya seorang pengguna Vivix Shaklee yang telah menghidap penyakit Kanser usus tahap 4 telah semakin pulih setelah beliau consistent mengamalkannya.
Ternyata dan terbukti Vivix benar2 dapat membantu pesakit kanser. 
VIVIX adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



ANTARA KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE

  • Awet muda dan anti-penuaan yang sihat
  • Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat alzheimer
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan


*******************************************************************************************************************************************

ID: 911023

Untuk pembelian/maklumat lanjut sila:
email: irenekass.fifi@gmail.com
sms/w.app/wechat/telegram: 012-6509036

Proses Tabiat Pemakanan Simanja.

As salam..
Seronok apabila baby saya Aisha Zara sudah mula makan. Di usianya 5 bulan, ibu saya kata dia sering menangis walaupun sudah diberi susu 6oz.. Ini menunjukkan yang dia masih lapar.
Di sini saya nak share sikit bagaimana proses tabiat pemakanan si manja anda:
☆ Pada usia lima bulan, si manja anda boleh menggerakkan lidah ke belakang mulutnya dan menggunakan bibirnya untuk makan dari sudu.
☆ Pada usia enam bulan, si manja anda boleh menggunakan rahangnya untuk mengunyah. Memandangkan makanan yang disuap adalah lebih banyak, makanan yang diberikan kepada bayi juga boleh dibuat lebih pejal sedikit.
☆ Pada usia tujuh bulan kebanyakan bayi boleh duduk semasa diberi makan.
☆ Pada usia lapan bulan, si manja boleh mengunyah makanan. Dia boleh mengunyah sedikit makanan kering dan melembutkannya dengan air liurnya, dan sedikit demi sedikit boleh mula memakan cebisan kecil roti atau biskut bayi serta sayur rebus yang lembut. Mungkin pada tahap ini si manja anda boleh menggunakan jarinya untuk memegang, sebagai contoh, cebisan kecil roti di antara ibu jari dan jari telunjuk. Pada tahap ini, si manja anda juga berkebolehan untuk minum dari cawan. Jika si manja cuba mencapai makanan, adalah idea yang baik untuk membiarkan dia mengambil dan merasanya sedikit.
☆ Pada usia sembilan hingga 12 bulan, anda boleh mula berkongsi apa yang dimakan oleh seluruh keluarga bersama si manja yang kini mampu mengunyah sekeping roti atau biskut. Si manja anda perlukan latihan untuk membolehkan sudu sampai ke mulutnya, jadi adalah bagus agar si manja mempunyai sudu sendiri (sudu plastik tidak akan menyakitkannya). Dalam masa beberapa bulan sahaja, si manja anda akan belajar untuk makan menggunakan sudu dan garpu – hampir tanpa menumpah langsung.
Semoga bermanfaat..

Thursday, September 25, 2014

Testimoni Collagen Powder Shaklee

As salam..
Bersiaran lagi.. ini lah masa yg ada utk berblogging.. dalam train waktu balik keje.. seharian sebagai super wonder mommy ni kena la pandai bahagi2 kan masa ye dak..?
Ok, saya nk share testimoni pengguna Collagen Powder yang sememangnya yang terbaik dari Shaklee ni.. Ni kira intro la.. Nanti saya akan terangkan lebih lanjut tentang keistimewaan dan perbezaan Collagen Powder Shaklee dengan collagen lain yang banyak terdapat dipasaran, ok.
Ye la, sempena promo Sept' 14 Beli 6 Percuma 1 ni kan.. At least boleh dijadikan panduan dan semangat bagi sesapa yg nak mencuba tu.
So, kalau semangat dan keyakinan tu dah ada nanti jangan la malu2 tau. Cepat2 hubungi saya untuk dapatkan harga yang menarik. Taknak beli sekali 6 kotak pun takpe. Saya akan bantu anda untuk share beli dengan sesiapa yang berminat lagi, ok.. Cepat! September 2014 bakal berakhir..
******************************************************************
ID: 911023
email: irenekass.fifi@gmail.com
fb page: https://www.facebook.com/pages/zarahealthylifeblogspotcom
sms/w.app/wechat/telegram: 012-6509036

Wednesday, September 24, 2014

Khasiat dan Fungsi Meal Shakes.

Semalam sepanjang perjalanan pulang dari kerja dalam train duk mengarang entry ni untuk saya share tentang Khasiat dan Fungsi Mealshakes. Sekali apa yang saya drafkan tu tak boleh buka coz system crash.
Well, ingatkan otak saya je crash.. rupanya system saya pun mengikut tuannya. Hahaha.. Takpe.. abaikan dugaan tersebut. Setiap kejayaan pasti diiringi dengan dugaan demi dugaan. Itulah kenyataan nya. So, be calm and always positive, k.
Jika sebelum ni saya dah share intro tentang Meal Shakes Shaklee dan share testimoni2 pengguna Mealshakes ni. This time saya nak share tentang khasiat dan fungsi Mealshakes ini.
KHASIAT MEAL SHAKES
Mealshakes merupakan multivitamin yang mengandungi nutrien lengkap yang sesuai untuk dewasa mahupun kanak2. Antara nutrien yang terkandung di dalamnya ialah:-
♧ Protein
♧ Kalsium
♧ Asid Folic
♧ Zinc
♧ Selenium
♧ Zat besi
♧ Vitamin A
♧ Vitamin B1, B2, B6, B9 & B12
♧ Vitamin C
♧ Vitamin D
♧ Vitamin E
Wow.. banyakkan.. So, jom kita baca pulak apa fungsinya Mealshakes ini.
FUNGSI MEAL SHAKES
♡ Mengurangkan eczema
♡ Membantu tumbesaran kanak2
♡ Membantu tumbesaran bayi dalam kandungan (ibu hamil)
♡ Sesuai untuk ibu menyusu bagi menyalurkan nutrisi kepada bayi
♡ Antioksidan
♡ Megembalikan seri wajah
♡ Untuk membina sel darah merah
♡ Mengurangkan kekerapan serangan asthma
♡ Menaikkan selera makan bagi kanak2 dan dewasa
♡ Sebagai energy booster - tenaga
♡ Detoksifikasi (detox) - kaya dengan serat larut yang membantu proses penghadaman/sembelit
♡ Sebagai pelindungan dari penyakit berjangkit
♡ Untuk meningkatkan daya tumpuan kanak2
♡ Untuk anak2 kekal aktif
♡ Untuk perkembangan minda
♡ Untuk menurunkan berat badan kanak2 yg obes
♡ Sesuai untuk orang yang tidak sukakan tablet
Ternyata Mealshakes ini sangat penting untuk keperluan tubuh terutama bagi kanak2. Ya, memang doktor menyarankan agar kanak2 tidak perlukan supplement. Tapi bagi saya dan bagi ibu2 yang mempunyai pelbagai masalah berkaitan anak2 mereka, supplement ini amat2 diperlukan untuk melihat mereka sentiasa sihat dan ceria.
PENGGUNAAN JIMAT!!
Ya, Mealshakes Shaklee ini amat jimat penggunaanya. Hanya SESUDU KECIL (atau 1 scoop susu bersaiz normal) sekali sehari je.. Nampak..? Jimatkan..? Satu canister mampu bertahan sehingga 2 bulan penggunaan. Berbaloi kan..?
CARA PENYEDIAAN
Hanya campurkan sesudu teh (kecil) (atau 1 scoop susu bersaiz normal) Mealshakes berperisa vanilla ini bersama dengan susu, milo, horlicks, oren, ribena atau apa saja minuman kegemaran anda atau anak2 anda.
So, sekiranya anda berminat untuk mencuba, menambah stok atau hadiahkan pada orang tersayang atau inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Mealshakes ini, jangan malu2 hubungi saya, k.
*******************************************************************
ID: 911023
email: irenekass.fifi@gmail.com
fb page: https://www.facebook.com/pages/zarahealthylifeblogspotcom
sms/w.app/wechat/telegram: 012-6509036

Pengalaman dan cita2

As salam..
Buat pertama kali balik dari office hujan turun dengan lebatnya. Saya dah mula fikir macam mana nak redah sebab balik naik train kan.. Tapi akhirnya decided untuk redah jugak memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan.
Setelah sekian lama tak berlari2 di dalam hujan, hari ni merasa lagi zaman muda remaja dulu. Al-maklumlah.. bekerja di ibukota, semuanya kena pantas. Sekarang kena naik train memandangkan cost yang sangat tinggi. Lagipun, dapat mengelak stress yang sekian lama saya sandang - jem.
Syukur kehadrat Illahi kerana memberi saya ruang dan peluang untuk untuk saya memulakan sesuatu yang baru dan jauh lebih baik berbanding dengan kehidupan dulu. Walaupun keadaan sekarang yang memaksa saya untuk mengorbankan masa saya untuk tidur, rehat, masa bersama anak, namun bagi saya ianya amat2 berbaloi dengan apa yang saya korbankan. Saya bahagia.. Saya bahagia dikelilingi dengan orang yang suka menolong. Syukur saya dianugerahkan dengan suami, keluarga dan buddies yang sentiasa memberi sokongan dan kata2 positif untuk menjadikan saya lebih positif dan berjaya.
Syukur juga kerana saya dikurniakan sahabat2 dari alam maya yang banyak motivate saya untuk saya terus forward kehadapan without looking back again. Mereka memang sangat2 supportive and positive walaupun kami tidak pernah bersua muka.
Sekiranya saya tidak bernekad untuk berhijrah last time, pasti hidup saya akan kekal di kaki bukit bersama angan2 saya untuk kepuncak.
Alhamdulillah, sekarang saya sudah maju lagi selangkah demi selangkah untuk mencapai apa yang saya inginkan. Semoga impian saya tercapai bersama cita2 untuk menjadi WAHM (Working At Home Mum). InsyaAllah.. masa itu akan tiba. At the moment, saya terpaksa berkorban untuk mengejar ilmu dan pengalaman supaya semuanya menjadi yang terbaik untuk diri saya dan orang2 yang saya sayang.. ❤❤❤

Monday, September 22, 2014

Testimoni Meal Shakes

As salam.. kat sini saya nak share antara testimoni Meal Shakes yang dah berjaya membantu ramai orang terutama ibu2 yang mempunyai masalah berkaitan dengan anak2..
Alhamdulillah, ternyata Meal Shakes Shaklee terbukti berkesan!!
#shaklee_effect
#feeling so great to help people in need

Meal Shakes

Shaklee Meal Shakes merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin & mineral. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga. Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak2.
Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh. Disamping itu, Meal Shakes juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.

*******************************************************************************************************************
ID: 911023

Untuk pembelian/maklumat lanjut sila:
email: irenekass.fifi@gmail.com
sms/w.app/wechat/telegram: 012-6509036

Saturday, September 20, 2014

Kelebihan & Perbezaan Produk Shaklee

As salam followers..
Sambil2 duduk dalam train ni baru balik keje saya nak share dengan semua tentang kelebihan produk Shaklee ni.
Kenapa saya yakin dengan produk2 Shaklee? Sebab Shaklee ni telah ditubuhkan since 1956. Produk2 yang dikeluarkan oleh Shaklee adalah dari bahan2 semulajadi dan selamat.
Jom ketahui apa kelebihan dan perbezaan produk Shaklee ini.
SELAMAT
Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen.
TIADA paraben, bisfenol-A, peluntur, pewarna tiruan, lemak trans dan bahan-bahan larangan lain di dalam setiap produk keluarannya.
BERKESAN
~ Lebih US$300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
~ Bahan2 semulajadi yang mudah larut, yang paling halus dan tulen.
MESRA ALAM
Shaklee hanya mengeluarkan produk mesra alam yang benar2 selamat untuk anda, keluarga, kediaman dan juga bumi.
Shaklee adalah peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam..


Tahukah anda bahawa bangunan Shaklee di US juga dibina dan dihias dengan bahan2 semula jadi??
Ya! Nature concept..
Anda semua boleh baca di FB link salah seorang master saya, ok. Yang sudah berpengalaman menjejakkan kakinya di HQ Shaklee, California.
-> http://goo.gl/dzq11D

Status Halal Shaklee

Untuk makluman semua, produk Shaklee untuk pasaran Malaysia telah disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA), badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
SO, jangan la berasa ragu- ragu lagi, k..
Boleh juga rujuk di link ni
=》 http://goo.gl/ABDXxp

Friday, September 19, 2014

Set milk booster = set energy booster

As salam..
Nak tau tak apa yg membuatkan saya begitu energetic setiap hari?
Ye.. saya amalkan pengambilan set basic milk booster.. dan tidak lupa juga vitamin wajib saya, ostematrix (kalsium).
3 vitamin ni dh menjadi sahabat baik coz saya benar2 memerlukannya. Saya kekal bertenaga dari pagi sehingga malam.. alhamdulillah, balik rumah susu badan penuh. Seronok bila tengok baby menyusu dengan lahapnya.
Saya masih boleh melayan/bergurau dgn anak2. Berbeza dengan dulu bila balik kerja je dah melepek kepenatan. Bila anak2 nak bergurau pun malas nak layan coz badan dah letih.
Plus, berat badan maintain walaupun kadang2 makan malam sebelum tido. Plus lagi, kulit pun rasa haluuussss je. Hahaha..
Dan lagi satu yang saya perasan sekarang saya jarang diserang demam, batuk & selsema. Kalau ada pun sekejap dah baik.. Alhamdulillah..
Sangat2 membantu super wonder mommy macam saya.
#shaklee_effect

Wednesday, September 17, 2014

Hijrah & korban

As salam.. lamanya x bersiaran.. semuanya disebabkan penghijrahan kisah hidup saya membuatkan rutin hidup saya perlu dijadualkan semula..
September 2014, mula kerja ditempat baru.. segalanya baru untuk saya.. dan bermulalah warna2 baru dalam kehidupan. Segalanya perlu diatur untuk menyempurnakan tugas dan amanah.. semuanya untuk membahagiakan diri dan keluarga.
Jom saya share rutin baru dalam perjalanan harian saya.. walaupun memenatkan tapi saya rasa bahagia.. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas segalanya.. Terima kasih jugak kepada supplement2 Shaklee yg banyak membantu saya cergas setiap hari.
Bangun seawal 5.30am.. dimulakan dengan mengadap Pencipta.. keluar rumah jam 6.30am.. tgglkan anak2 yg masih tido lagi.. drove to kl.. mengadap jem.. sampai ofis jam 8.00am.. rileks sebentar kat parking lot coz start keje jam 9.00am.. balik jam 7.00pm walaupun masa kerja tamat jam 6.00pm.. mengadap jem lagi.. smpi umah jam 8.30 atau nearly 9.00pm.. anak2 ada yg dah tido dan ada yg belum.
So, setiap hari keluar gelap balik gelap.. kadang2 berkesempatan bergurau ngan anak2, kadang cuma sempat dodoikan diorg tido je.. 2 minggu rutin yang sama.. pastu tak boleh tahan. Cost perjalanan ke tempat kerja terlalu tinggi.. sehari campur ngan belanja makan dah rm50.. macam mana nak menyimpan camni. Bila dah berfikir2, terpaksa la fikirkan alternatif. Naik train pulak..
Minggu ketiga berhijrah lagi.. dari memandu kereta ke tempat kerja sekarang berjinak2 pulak naik train.. dah lama gak tak bergerak cergas ni.. Tapi sentiasa berdoa pada Allah semoga segalanya dipermudahkan.. Alhamdulillah.. dapat jugak berjimat. Dari rm50 sehari sekarang cuma belanja rm15 je sehari. Distance dari office ke train station ni tak la jauh sangat. Tapi disebabkan dah lama x berjalan-jalan, lelemak dibadan ni pun dah semakin manja dan selesa. So, bila berjalan sikit dah termengah2 dan berpeluh. Well, untuk kesihatan saya jugak, akan saya teruskan amalan berjalan ini sebagai satu langkah exercise. Semoga lebih mudah la lelemak yang dah berkampung dalam badan ni keluar dari perkampungannya.. hahahaha.
Ok, sekian. Semoga hijrah dan korban ni menjadi langkah permulaan baru untuk saya berjaya hingga kepuncak dan mencapai apa yang saya impikan.. 