As salam..
Buat pertama kali balik dari office hujan turun dengan lebatnya. Saya dah mula fikir macam mana nak redah sebab balik naik train kan.. Tapi akhirnya decided untuk redah jugak memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan.
Setelah sekian lama tak berlari2 di dalam hujan, hari ni merasa lagi zaman muda remaja dulu. Al-maklumlah.. bekerja di ibukota, semuanya kena pantas. Sekarang kena naik train memandangkan cost yang sangat tinggi. Lagipun, dapat mengelak stress yang sekian lama saya sandang - jem.
Syukur kehadrat Illahi kerana memberi saya ruang dan peluang untuk untuk saya memulakan sesuatu yang baru dan jauh lebih baik berbanding dengan kehidupan dulu. Walaupun keadaan sekarang yang memaksa saya untuk mengorbankan masa saya untuk tidur, rehat, masa bersama anak, namun bagi saya ianya amat2 berbaloi dengan apa yang saya korbankan. Saya bahagia.. Saya bahagia dikelilingi dengan orang yang suka menolong. Syukur saya dianugerahkan dengan suami, keluarga dan buddies yang sentiasa memberi sokongan dan kata2 positif untuk menjadikan saya lebih positif dan berjaya.
Syukur juga kerana saya dikurniakan sahabat2 dari alam maya yang banyak motivate saya untuk saya terus forward kehadapan without looking back again. Mereka memang sangat2 supportive and positive walaupun kami tidak pernah bersua muka.
Sekiranya saya tidak bernekad untuk berhijrah last time, pasti hidup saya akan kekal di kaki bukit bersama angan2 saya untuk kepuncak.
Alhamdulillah, sekarang saya sudah maju lagi selangkah demi selangkah untuk mencapai apa yang saya inginkan. Semoga impian saya tercapai bersama cita2 untuk menjadi WAHM (Working At Home Mum). InsyaAllah.. masa itu akan tiba. At the moment, saya terpaksa berkorban untuk mengejar ilmu dan pengalaman supaya semuanya menjadi yang terbaik untuk diri saya dan orang2 yang saya sayang.. ❤❤❤