As salam..
Seronok apabila baby saya Aisha Zara sudah mula makan. Di usianya 5 bulan, ibu saya kata dia sering menangis walaupun sudah diberi susu 6oz.. Ini menunjukkan yang dia masih lapar.
Di sini saya nak share sikit bagaimana proses tabiat pemakanan si manja anda:
☆ Pada usia lima bulan, si manja anda boleh menggerakkan lidah ke belakang mulutnya dan menggunakan bibirnya untuk makan dari sudu.
☆ Pada usia enam bulan, si manja anda boleh menggunakan rahangnya untuk mengunyah. Memandangkan makanan yang disuap adalah lebih banyak, makanan yang diberikan kepada bayi juga boleh dibuat lebih pejal sedikit.
☆ Pada usia tujuh bulan kebanyakan bayi boleh duduk semasa diberi makan.
☆ Pada usia lapan bulan, si manja boleh mengunyah makanan. Dia boleh mengunyah sedikit makanan kering dan melembutkannya dengan air liurnya, dan sedikit demi sedikit boleh mula memakan cebisan kecil roti atau biskut bayi serta sayur rebus yang lembut. Mungkin pada tahap ini si manja anda boleh menggunakan jarinya untuk memegang, sebagai contoh, cebisan kecil roti di antara ibu jari dan jari telunjuk. Pada tahap ini, si manja anda juga berkebolehan untuk minum dari cawan. Jika si manja cuba mencapai makanan, adalah idea yang baik untuk membiarkan dia mengambil dan merasanya sedikit.
☆ Pada usia sembilan hingga 12 bulan, anda boleh mula berkongsi apa yang dimakan oleh seluruh keluarga bersama si manja yang kini mampu mengunyah sekeping roti atau biskut. Si manja anda perlukan latihan untuk membolehkan sudu sampai ke mulutnya, jadi adalah bagus agar si manja mempunyai sudu sendiri (sudu plastik tidak akan menyakitkannya). Dalam masa beberapa bulan sahaja, si manja anda akan belajar untuk makan menggunakan sudu dan garpu – hampir tanpa menumpah langsung.
Semoga bermanfaat..