Tuesday, January 6, 2015

Apa itu RESVERATROL yang terkandung dalam VIVIX Shaklee?

As salam & hai semua..

Bersempena dengan promosi Januari 2015 ni, saya nak share dengan korang tentang apa itu resveratrol yang merupakan bahan utama yang terkandung di dalam Vivix Shaklee serta kebaikan-kebaikannya.

Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur. Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’.
Mengikut kajian klinikal, Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.
Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur dan paling banyak terdapat pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

KANDUNGAN RESVERATROL & ANGGUR MUSCADINE


Kalau nak tahu, anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratoral berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana bila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ni nak survive, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding kawan anggur spesies yang lain.
Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.
Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM100.


CARA MUDAH & MURAH UNTUK DAPATKAN KHASIAT RESVERATROL

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan Vivix. Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.


Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.


PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN RESVERATROL

Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Kajian juga telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggikencing maniskanseralzheimer dan banyak lagi penyakit kronik yang lain. Alhamdulillah, Vivix benar-benar membantu.



Resveratrol juga sangat digalakkan diambil untuk mereka yang inginkan awet muda. Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan Vivix Shaklee boleh membantu anda rasa muda 25 tahun! Hebatkan..??
********************************************************************


~JOM PILIH CARA HIDUP SIHAT~

ID: 911023

0182608740
W.app

1 comment:

  1. diakui memang terbaik..sbb tu mak jemah memang ada simpan stok vivix utk kegunaan suam isteri...

    ReplyDelete