Tiba2 teringat kawan saya yang pernah order Collagen Powder Shaklee dengan saya tahun lepas. Masa tu ilmu tentang produk2 Shaklee ni pun tak banyak lagi. Sekali dia beli 5 kotak. Lepastu masa promo baru2 ni pun dia borong 6 kotak percuma 1. Tapi yang bestnya dia kata dia beli Collagen Powder ni untuk ibu mertua dia.
Apa collagen tu ye..? Tertanya2 juga dalam hati. Biasanya collagen ni dikaitkan dengan kecantikan. Dasyat betul ibu mertua kawan saya tu kan. Mesti cantik kulit dia.. Satu hari tu dapat jugak berjumpa dengan ibu mertua kawan saya ni. Memang nampak muda dari usia sebenar. Sangkaan saya dia tu kakak ipar kawan saya tu.. hehehe.. Tenaga dia pun macam orang muda. Tak boleh jadi ni.. saya yang umur 30an ni pun tak macam dia. So, saya pun gali la encik google ni untuk tahu lebih lanjut apa itu collagen.
APA ITU COLLAGEN?
Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Collagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Collagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis Collagen namun 90% adalah dari jenis Collagen I, II, III, IV dan V.
- Collagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
- Collagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
- Collagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
- Collagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
- Collagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
APA KESAN KEKURANGAN COLLAGEN DALAM TUBUH?
Penghasilan Collagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada Collagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan Collagen dalam badan.
Oleh itu Collagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

APA FUNGSI COLLAGEN?
Collagen menghasilkan asid amino penting seperti:
- lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.
Ooo.. patutlah orang yang mengamalkan supplement Collagen ni AWET MUDA dan sentiasa bertenaga rupanya.. Banyak fungsi nya collagen ni.
Ok.. macam mana pula nak pilih collagen yang terbaik? Almaklumlah, terlalu banyak produk Collagen dipasaran sekarang kan..
Nak tau lebih lanjut nantikan entry saya seterusnya, ok.. Tungguuuuu...