Saturday, November 15, 2014

Kesan kekurangan Collagen pada tubuh.

As salam..

Tiba2 teringat kawan saya yang pernah order Collagen Powder Shaklee dengan saya tahun lepas. Masa tu ilmu tentang produk2 Shaklee ni pun tak banyak lagi. Sekali dia beli 5 kotak. Lepastu masa promo baru2 ni pun dia borong 6 kotak percuma 1. Tapi yang bestnya dia kata dia beli Collagen Powder ni untuk ibu mertua dia.

Apa collagen tu ye..? Tertanya2 juga dalam hati. Biasanya collagen ni dikaitkan dengan kecantikan. Dasyat betul ibu mertua kawan saya tu kan. Mesti cantik kulit dia.. Satu hari tu dapat jugak berjumpa dengan ibu mertua kawan saya ni. Memang nampak muda dari usia sebenar. Sangkaan saya dia tu kakak ipar kawan saya tu.. hehehe.. Tenaga dia pun macam orang muda. Tak boleh jadi ni.. saya yang umur 30an ni pun tak macam dia. So, saya pun gali la encik google ni untuk tahu lebih lanjut apa itu collagen.

APA ITU COLLAGEN?

Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Collagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Collagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis Collagen namun 90% adalah dari jenis Collagen I, II, III, IV dan V.

  • Collagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Collagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata

  • Collagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim

  • Collagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Collagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


APA KESAN KEKURANGAN COLLAGEN DALAM TUBUH?

Penghasilan Collagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada Collagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan Collagen dalam badan.

Oleh itu Collagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.





APA FUNGSI COLLAGEN?

Collagen menghasilkan asid amino  penting seperti:

  • lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.


Ooo.. patutlah orang yang mengamalkan supplement Collagen ni AWET MUDA dan sentiasa bertenaga rupanya.. Banyak fungsi nya collagen ni.

Ok.. macam mana pula nak pilih collagen yang terbaik? Almaklumlah, terlalu banyak produk Collagen dipasaran sekarang kan..

Nak tau lebih lanjut nantikan entry saya seterusnya, ok.. Tungguuuuu...





28 comments:

  1. Replies
    1. Dia pun tak pakai Tun. Memang dia borong untuk mak mertua dia sebab dia tahu feveret mak mertua dia. Pandai dia amik hati mak mertua kan.. hehehe.

      Delete
    2. Bertuah mak mertua dapat menantu macam tu... pandai jaga hati mak... hihihi

      Delete
  2. Bestkan siapa yang amek kolagen. Kulit cantik, sendi pun sihat..

    JommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH

    ReplyDelete
  3. Bagus collagen untuk tubuh badan...kulit akn cantik...

    ReplyDelete
  4. Umur dah masuk 3 series ni.. Kna ambil collagen ni. Yang pasti, collagen shaklee yg terbaik!!

    Tips & Info Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg Hospital'?

    ReplyDelete
  5. Dari cucuk tang snie ,cucuk tang sana.. bagi amalkan collagen shaklee. selamat dan mesra alam. tak sakit pun.

    ReplyDelete
  6. collagen buat kita awet muda, kulit cantik berseri dan badan pun sihat..

    Bahayakah Plasenta Privia

    ReplyDelete
  7. Colagen sangat penting untuk kulit..terutama yang mementingkan penampilan..

    Ikan Budu

    ReplyDelete
  8. Kolagen shaklee best..sy dah try beberapa sachet, kulit muka berbelang dah jadi sekata. Agak cepat kesan kolagen ni. Kalau ada bajet, better cuba. Memang tak menyesal
    SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

    ReplyDelete
  9. Mak aih, seronoknya menantu gitu yer.. Dah la Collagen Shaklee ni memang terbaik..Dapat pulak hadiah dari menantu.. Aduh, jeles..hehe. Tapi memang akui amalkan collagen Shaklee ni memang nampak perbezaannya. Lagi 1 tak risau sebab selamat dan punya kajian mendalam. kalau collagen2 luar kene semak betul2 kandungan sblm beli..

    Petua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi

    ReplyDelete
  10. Kena amalkan dr muda lagi.Kulit cantik keyakinan pun tinggi


    mitos-cantik-faktaauta

    ReplyDelete
  11. beruntungnya lah mak mertua dapat menantu belikan collagen untuk mak mertua nilah dikatakan menantu pilihan.. hihi

    http://anakummicomel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Alah membeli..menang memakai.kerana dirimu begitu berharga...collagen mmg disyorkn bg awet muda.collagen shaklee terbaik!!

    ReplyDelete
  13. Wahhh.. Bestnyaaaa Kalau muka licin, tegang, putih berseri.. Lepas ni Mmg Daku Pilih collagen Dr shaklee sbb dihasilkan dri sisik ikan merah, cepat serap, Dan satu lg Mmg Akan Pilih vivix shaklee..
    Cegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar

    ReplyDelete
  14. Huhu...seronok tau kalau dpt borong byk2 collagen...huhu...

    ReplyDelete
  15. teruja tengok keberkesanan collagen shaklee, masih belum ada rezeki lagi untuk mencuba collagen

    ReplyDelete
  16. badan manusia sememangnya memerlukan collagen :D dan collagen Shaklee adalah yang terbaik


    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  17. Wah byak nya borong..jd mcm mna kesan nya selepas pengambilan kolegen tu..

    ReplyDelete
  18. Collagen shaklee terbaik dan tiada bahan kimia sebab diperbuat dari sisik ikan merah. Bertuah mak mertua menantu belikan kolagen. So bakal-bakal menantu, sila ambil hati mak mertua dengan produk SHAKLEE. Sure mertua sayang kita ketat-ketat..
    ajusyopz.blogsopt.com

    ReplyDelete
  19. Dah berusia memang sangat perlukan Collagen supaya lutut tak sakit, rambut sentiasa lebat dan sentiasa disayangi suami..

    Jemput baca: Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah

    ReplyDelete
  20. kolegen semakin berkurang apabila usia kita mencecah 25thn.. alamak kena konsisten lebih kolegen agar nampak cute seperti kulit bayi :)

    ReplyDelete
  21. Penerangan yang sangat jelas tentang jenis dan fungsi kolagen. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  22. Bestnya kolagen. Ia memang penting untuk menjaga ke elastikan ligamen. Ada saya jumpa testimoni dia pernah alami kemalangan hingga menyebabkan ligamen di otot terkoyak. Berjalan pakai tongkat. Alhamdulillah dipendekkan cerita dia amalkan collagen powder shaklee, kini lutut semakin mudah bergerak dan berjalan tanpa tongkat.

    ReplyDelete
  23. Wanita apabila masuk umur 25thn, kolagen dlm bdn kita akn mula bkurangan.. Jd untuk mencegah dr kulit menjadi kendur awal, jom amalkan collagen powder shaklee yg dihasilkan dr sisik ikan merah (ikan laut dalam)..

    ReplyDelete
  24. Seronoknya...ibu mertua nya pun nak sihat dan cantik,. Patutla borong collagen banyak macam tu. Si menantu kena lawan macam ni. Nanti nampak tak beza umur..

    Pesakit Diabetes Sujud Syukur Kerana Kaki Tak Jadi...

    ReplyDelete