Showing posts with label Duit bukan segalanya.. Tapi segalanya perlukan duit... Show all posts
Showing posts with label Duit bukan segalanya.. Tapi segalanya perlukan duit... Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Duit bukan segalanya.. Tapi segalanya perlukan duit..

As salam..

Suka saya baca ayat2 berkenaan duit ni yang saya terima di group whatsapp saya. Mungkin anda2 semua dah pernah baca juga, sebab ianya dah jadi viral..

*********************************************
Nilai duit..

D - don't
U - use
I - intelligence
T - the wrong way.

$ Duit tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
$ Duit tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
$ Duit tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
$ Duit tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit. 
$ Duit tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
$ Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
$ Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

************************************************



Ramai yang kata duit bukan segalanya kan..?? Tapi hakikatnya, segalanya perlukan duit.. Betul tak..??

Bagi pendapat saya pula, memang benar statement tu.. Cuba bayangkan kalau kita takde duit, apa pun kita tak boleh buat.. Lagi2 dizaman sekarang.. Segalanya perlukan duit.. Nak makan, duit.. Nak ke tandas, duit.. Sakit, duit.. Nak sihat, duit.. Nak belajar, duit.. Memang la ada yang free lagi. Tapi kualiti dan kuantitinya sangat2 menyedihkan.

Kalau dulu boleh la kita kata lagi.. Sebab kita masih boleh dapatkan sumber makanan dari tumbuh2an yang kita tanam sendiri.. Kalau nak lauk ayam atau daging pun kita boleh ternak sendiri.. Itu pun kalau kita rajin la kan. Tapi sekarang, kat mana kita nak bercucuk tanam..? Kat mana kita nak menternak..? Lagi2 kalau duduk rumah apartment, flat, condo.. Jangan kata nak bercucuk tanam.. Nak letak pokok2 bunga hiasan rumah pun pikir 18 kali boleh jaga ke tak.. Nak bela kucing pun kena ada dokumen dan kena ikut protokol.

Teringat perbualan ngan kawan saya beberapa hari lalu.. Dia tanya saya kenapa saya buat Shaklee lagi sedangkan saya dah ada kerja dengan gaji yang bagus. Saya cakap dengan dia saya nak kaya. Dia pun cakap, kalau aku cukup lah ala kadar. Cukup makan pakai duk kampung ni pun dah alhamdulillah. So, saya tanya dia, kalau duk kampung tak boleh jadi kaya ke..?

Saya terangkan pada kawan saya kenapa saya nak kaya. Saya nak bahagiakan keluarga saya. Saya nak bahagiakan orang lain. Saya nak bantu keluarga saya. Saya juga nak bantu orang lain. Saya nak kaya didunia dan nak kaya diakhirat. Kalau saya tak kaya, jangankan saya nak bahagiakan orang lain, diri saya sendiri pun tak bahagia. Mesti orang akan cakap saya tak bersyukur kan.. Bukan tak bersyukur, tapi apa salahnya kalau kita kaya..? Sedangkan sahabat2 Rasulullah yang hebat dan berjaya juga adalah orang2 yang kaya.

Jangan lah pula bila dah kaya tu kita lupa pula dari mana asal usul kita.. Kita lupa siapa yang memberi kekayaan tu pada kita.. Kita lupa yang sebahagiaan kekayaan kita tu adalah hak orang lain juga yang perlu kita sedekahkan.. Itu baru lah salah menjadi kaya.

Jadi, memang benarlah yang yang dikatakan duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit..

Renung2kan.. dan selamat beramal..