Sunday, November 2, 2014

Duit bukan segalanya.. Tapi segalanya perlukan duit..

As salam..

Suka saya baca ayat2 berkenaan duit ni yang saya terima di group whatsapp saya. Mungkin anda2 semua dah pernah baca juga, sebab ianya dah jadi viral..

*********************************************
Nilai duit..

D - don't
U - use
I - intelligence
T - the wrong way.

$ Duit tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
$ Duit tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
$ Duit tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
$ Duit tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit. 
$ Duit tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
$ Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

************************************************



Ramai yang kata duit bukan segalanya kan..?? Tapi hakikatnya, segalanya perlukan duit.. Betul tak..??

Bagi pendapat saya pula, memang benar statement tu.. Cuba bayangkan kalau kita takde duit, apa pun kita tak boleh buat.. Lagi2 dizaman sekarang.. Segalanya perlukan duit.. Nak makan, duit.. Nak ke tandas, duit.. Sakit, duit.. Nak sihat, duit.. Nak belajar, duit.. Memang la ada yang free lagi. Tapi kualiti dan kuantitinya sangat2 menyedihkan.

Kalau dulu boleh la kita kata lagi.. Sebab kita masih boleh dapatkan sumber makanan dari tumbuh2an yang kita tanam sendiri.. Kalau nak lauk ayam atau daging pun kita boleh ternak sendiri.. Itu pun kalau kita rajin la kan. Tapi sekarang, kat mana kita nak bercucuk tanam..? Kat mana kita nak menternak..? Lagi2 kalau duduk rumah apartment, flat, condo.. Jangan kata nak bercucuk tanam.. Nak letak pokok2 bunga hiasan rumah pun pikir 18 kali boleh jaga ke tak.. Nak bela kucing pun kena ada dokumen dan kena ikut protokol.

Teringat perbualan ngan kawan saya beberapa hari lalu.. Dia tanya saya kenapa saya buat Shaklee lagi sedangkan saya dah ada kerja dengan gaji yang bagus. Saya cakap dengan dia saya nak kaya. Dia pun cakap, kalau aku cukup lah ala kadar. Cukup makan pakai duk kampung ni pun dah alhamdulillah. So, saya tanya dia, kalau duk kampung tak boleh jadi kaya ke..?

Saya terangkan pada kawan saya kenapa saya nak kaya. Saya nak bahagiakan keluarga saya. Saya nak bahagiakan orang lain. Saya nak bantu keluarga saya. Saya juga nak bantu orang lain. Saya nak kaya didunia dan nak kaya diakhirat. Kalau saya tak kaya, jangankan saya nak bahagiakan orang lain, diri saya sendiri pun tak bahagia. Mesti orang akan cakap saya tak bersyukur kan.. Bukan tak bersyukur, tapi apa salahnya kalau kita kaya..? Sedangkan sahabat2 Rasulullah yang hebat dan berjaya juga adalah orang2 yang kaya.

Jangan lah pula bila dah kaya tu kita lupa pula dari mana asal usul kita.. Kita lupa siapa yang memberi kekayaan tu pada kita.. Kita lupa yang sebahagiaan kekayaan kita tu adalah hak orang lain juga yang perlu kita sedekahkan.. Itu baru lah salah menjadi kaya.

Jadi, memang benarlah yang yang dikatakan duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit..

Renung2kan.. dan selamat beramal..


12 comments:

  1. Yer betul tu..jangan jd hamba duit

    ReplyDelete
  2. Betul....betul...betul.... Setuju 100%...

    Air Detox

    ReplyDelete
  3. Kadang org xpaham kenapalah dia ni buat keje siang malam..tamaknya,xckup2 ke duit yang dah ada..walhal kita nk fikir panjang..pk masa hadapan apa akan jadi andai tiba2 kita sakit dan xboleh bekerja lagi..tu sebab sekarang kita pulun bisness walaupun gaji hakiki mencukupi..duit bisness kita buat simpanan.Bila kita kaya dan banyak duit kita xperlu berkira-kira lagi untuk sedekah..nak bgi mak ayah,nak bantu org ramai..Semoga kita semua kaya dan berjaya dunia akhirat..aamiin

    ReplyDelete
  4. skarang nie zaman duit.seeeemuanya tentang duit.nak xnak kena kerja keras.buat side income.thats the best way..

    http://jommsihatdancantik.blogspot.com/2014/11/otot-sengal-selepas-berolahraga.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Kos sara hidup tinggi sekarang..walaumcmnpn mmg kita perlu duit untuk hidup....

    ninyfariza82.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. semoga kaya dunia dan kaya akhirat...amin

    ReplyDelete
  7. Betul sangat2. Kadang-kadang disebabkan duit boleh bergaduh

    Punca rambut gugur selepas bersalin

    ReplyDelete
  8. Memohon pinjaman cepat dan mudah tanpa caj pendahuluan pada kadar yang berpatutan.

    Alamat - 350 Fifth Avenue, tingkat ke-34. New York, NY 10118-3299 Amerika Syarikat

    kod zip - 01001

    Untuk Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman gadai janji, Projek Pinjaman, sila hubungi kami: mabelhernandezloan@gmail.com bagi memenuhi semua Loan Berkaitan Keperluan tanpa bayaran pendahuluan.

    Kami menawarkan Persendirian, Commercial and Personal Loans dengan Minimal Kadar Faedah tahunan serendah 3% dalam tempoh 1 tahun untuk tempoh jangka masa 50 tahun pembayaran balik kepada mana-mana bahagian di dunia. Kami memberi pinjaman dalam julat $ 5,000 kepada $ 100,000,000 USD. pinjaman kami juga diinsuranskan untuk keselamatan maksimum adalah keutamaan kami.

    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?, Pinjaman untuk menyatukan hutang anda, pinjaman untuk kegunaan peribadi, Pinjaman Kad kredit, pinjaman Penjagaan Perubatan, Loan Kereta, Mortgage Pinjaman, Pinjaman Pelajar e.t.c.

    Sama ada anda mahu untuk menyatukan hutang kadar faedah tinggi, membiayai pembelian utama, atau membayar untuk perbelanjaan yang tidak diduga, kita boleh menyesuaikan pinjaman untuk anda.

    ReplyDelete
  9. Perlu pinjaman segera untuk membayar hutang anda? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? Kami menawarkan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini di e-mel: (oparagerrard@gmail.com)

    ReplyDelete
  10. Perlu pinjaman segera untuk membayar hutang anda? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? Kami menawarkan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini di e-mel: (oparagerrard@gmail.com)

    ReplyDelete
  11. Perlu pinjaman segera untuk membayar hutang anda? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? Kami menawarkan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini di e-mel: (oparagerrard@gmail.com)

    ReplyDelete