Thursday, December 11, 2014

Takoyaki - cekodok Jepun

Hai you all..

As salam..

Korang-korang semua pernah makan tak Takoyaki?? Kalau kat AEON @ Jusco tu nama stall dia Tako Tao..

Sedap gila korang.. Sekarang ni, makanan Jepun yang macam ala-ala cekodok ni, dah menjadi makanan wajib beli setiap minggu. Tapi bukan kat AEON tu la. Kat pasar malam je. Makanan Jepun pun dah jual kat pasar malam kan.. Memang creative rakyat Malaysia ni.

Lagipun, kalau kat pasar malam ni harga dia lagi murah dari kat stall Tako Tao tu. Hehehe..

Ada yang tak pernah tengok ke Takoyaki ni??

Nah, saya hidangkan gambar Takoyaki ya untuk tatapan korang..




Okey, kepada yang tak tahu atau tak pernah tengok Takoyaki ni, saya akan ceritakan kat sini serba sedikit berkenaan asal usul Takoyaki ni ye.

Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali Takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita, udang, crab stick yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia, dan daun bawang.

Takoyaki disapu dengan sos takoyaki, sejenis sos yang menyerupai sos Worcestershire, dan mayonis. Takoyaki kemudian ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi). Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Contohnya, ponzu iaitu sejenis kicap soya dengan dashi dan cuka limau, goma-dare iaitu sos bijan dan cuka ataupun dashi bercuka.


ASAL USUL TAKOYAKI

Takoyaki mula dipopularkan di Osaka, di mana seorang peniaga gerai bernama Tomekichi Endo diberi penghargaan terhadap penciptaannya pada tahun 1935. Takoyaki diinspirasikan daripada Akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo yang diperbuat daripada tepung sadur dengan telur yang banyak dan sotong kurita. Takoyaki asalnya popular di kawasan Kansai, tetapi kemudiannya merebak ke kawasan Kantō dan kawasan lain di Jepun. Takoyaki dikaitkan dengan gerai makanan tepi jalan, tetapi sudah ada banyak restoran khas takoyaki, terutamanya di kawasan Kansai. Takoyaki kini dijual di kedai-kedai komersial, seperti pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam.

Yaki berasal daripada perkataan "yaku" yang merupakan salah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bermaksud "menggoreng atau menggril", dan boleh ditemui pada nama beberapa masakan Jepun yang lain seperti teppanyakiyakitoriteriyaki dan sukiyaki.

Sumber wikipedia

So, kepada yang belum pernah mencuba tu, cuba lah ye. Pasti nak lagi dan lagi dan lagi.

2 comments: