Wednesday, November 19, 2014

Perlu ke berpantang selepas alami keguguran?

As salam..

Biasanya kalau wanita yang mengalami keguguran pasti akan mengambil remeh hal berpantang ni kan? Bagi mereka small matter je. Bersalin lagi teruk dari keguguran.. Betul tak?



Ilmu tentang hal ni pun tak disebarkan secara meluas disebabkan mentaliliti kita hanya fokus pada perubatan moden.

Baru-baru ni pun ada seorang kawan saya yang terpaksa menggugurkan kandungannya disebabkan dia mengandung luar rahim. Kilang telurnya terpaksa dibuang sebelah disebabkan fetusnya melekat pada saluran tiub fallopio nya.

Petang tadi pula seorang lagi kawan saya call menangis-nangis disebabkan dia juga terpaksa menggugurkan kandungannya disebabkan doktor dapat detect fetusnya ada masalah yang jika diteruskan berkemungkinan bayinya akan tidak sempurna atau akan mengalami kecacatan kekal.

So, saya pun nasihatkan kawan saya tu sebagai mana saya menasihatkan kawan saya yang pertama tadi iaitu berpantang selepas keguguran. Kedua-duanya memberikan reaksi yang sama dengan bertanyakan saya kembali perlu ke berpantang selepas keguguran..?

Saya juga tidak pernah mengalami keguguran tapi saya banyak mendengar petua orang-orang berpengalaman supaya berpantang walaupun selepas keguguran. 

Tau tak betapa pentingnya berpantang selepas keguguran ni..?

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi boleh menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
 
Menurut apa yang saya baca di blog Kak Engku (bidanbersalin.blogspot.com), keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali sebagai angin jahat.

~Angin Gugur
Ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

~Bisa Keguguran
Ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Manakala ibu yang keguguran tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.


MAKANAN APA YANG PERLU DIELAKKAN OLEH IBU YANG KEGUGURAN?

~ Makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

~ Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun

~ Buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.

~ Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari

~ Makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.


Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca serta mudah letih.


Selain dari petua-petua yang diamalkan di atas, Shaklee juga mempunyai SET SELEPAS BERSALIN / SET BERPANTANG untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran dan membantu ibu-ibu yang keguguran ini untuk kembali sihat dalaman dan luaran. Set ini juga membantu ibu-ibu ini mengatasi stress. Al-maklumlah, baru kehilangan sesuatu yang berharga kan. Pasti mereka akan mengalami stress dan kemurungan.




Saya akan terangkan lebih details berkenaan khasiat dan manfaat SET SELEPAS BERSALIN / SET BERPANTANG Shaklee ni di entry seterusnya, okey.

Harap-harap apa yang saya share ni bermanfaat pada kita semua ye. Jagalah kesihatan luaran dan dalaman ye wahai wanita. Kalau kita tak jaga diri kita macam mana kita nak jaga suami dan anak-anak yang lain, betul tak? Luka luaran kita boleh nampak. Dalaman kita tak tahu. Jangan menyesal dikemudian hari pulak sebab kalau rosak diluar kita boleh repair. Kalau rosak dalam badan, takde spare part dik non.. Jangan biarkan suami cari alasan untuk dia pandang wanita lain, hokey..

Wallahua'lam..


17 comments:

  1. Set berpantang shaklee memang terbaik....selami berpantang sy memang mengamalkan set ini. Memangemberikan tenaga yang berbeza.

    Bahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nila.. saya setuju.. sebab saya pun dah guna dan masih guna.

      Delete
  2. Orang tua kata kalau gugur lagilah kena berpantang lebih ketat.. sebab lebih bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi ramai yang buat tak endah dan pandang ringan. Kalau orang tua2 dulu mesti marah kalau tak pantang.

      Delete
  3. Oh,saya pun baru2 ni baru tahu pantang gugur ni. Sebelum tu ingatkan org bersalin sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dengar je dulu nasihat orang2 yang berpengalaman. Tapi sejak ramai kawan2 dan kenalan yang mengalami keguguran ni, saya pun buat research untuk tambah ilmu..

      Delete
  4. Kebanyakan org gugur malas utk berpantang Sebab anaknya tak da kan.. So mcm malas lag.. Tapi sebenarnya itu blh mmbahayakan diri sndiri.. Jadi Apa slahnya kan berpantang.. Cubalah set berpantang shaklee.. Mmg terbaik.. Insyaallah.. penjagaan kesihatan superb..
    Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

    ReplyDelete
  5. Memang betul, orang yang gugur juga perlu berpantang macam orang yang bersalin walaupun tak ada baby...penting sebab untuk menjaga kesihatan kita,

    ReplyDelete
  6. yang alami keguguran harus juga berpantang,jangan anggap ianya tidak penting..amalkan juga cara berpantang seperti orang yang bersalin,semoga selepas ini ada rezeki untuknya untuk memiliki anak..aamiin

    ReplyDelete
  7. keguguran atau bersalin memang kena berpantang...amalkan suplemen shaklee untuk proses berpantang aadalah bagus untuk ibu dan ank

    bahayanya HB rendah

    ReplyDelete
  8. Walaupun keguguran, kita masih perlu berpantang untuk memulihkan tubuh. Set Berpantang Shaklee memang bagus dan terbaik.
    Jom Dapatkan Hadiah Comel Ini

    ReplyDelete
  9. Set berpantang sangat baik diamalkan..kena kuatkan blik badan yang lemah tu..perlukan tenaga dan fikiran yang tenang.xboleh stress2..berpantang gugur lagi perlu dijaga rapi dari berpantang ada baby..

    Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

    ReplyDelete
  10. Ikut je pantang tradisional atau makan shaklee..sy suka dua2.penting tok kesihatan luaran dan dalamaan

    SAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR

    ReplyDelete
  11. Orang yang gugur lagi kena berpantang kan..sebab rahim tak kuat..bimbang lagi teruk lepas tue

    NAK SIHAT DAN CANTIK MEH BACA SINI

    ReplyDelete
  12. Yup..berpantang lepas gugur pun penting. Sebab nak bagi rahim berehat.
    Seboleh-bolehnya dapatkan 3 kali kitaran haid sebelum hamil semula.

    Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

    ReplyDelete
  13. Ramai jugak ye yang tak tahu wajib berpantang bagaikan orang bersalin sekiranya keguguran. Spread the info jomm..!

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

    ReplyDelete