Monday, November 3, 2014

Kanak-kanak pun boleh hafal Doa dhuha

As salam..

Semalam sewaktu pulang kekampung yang dah lama tak balik, bawa sekali anak2 jagaan ibu saya coz ibu mereka nurse yang kerja shift. Mereka dalam lingkungan umur 4-8 tahun.

Yang buat saya teruja sangat, bila ibu saya menyuruh mereka membaca doa Dhuha, dengan selamba je mereka bacakan macam nasyid kumpulan UNIC tu.. Anak2 saya dan anak2 buah pun mengikut menyanyi bersama.. Alhamdulillah.. Bagus betul..

Kepada yang tak tahu tu, doa Dhuha ni sebaik2nya dibaca setelah selesai solat sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha ni juga dikenali sebagai solat pohon rezki pada Allah.. Bukan saja memohon, malah mensyukuri setiap nikmat pemberian-Nya. Waktu solat sunat Dhuha ni adalah antara selepas waktu Solat Subuh dan sebelum masuk waktu Solat Zohor. Sebaik2nya antara jam 9.30-11 pagi. Boleh ditunaikan dalam 2,4,6 atau 8 rakaat sehingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).

Sebenarnya dari umur2 begini la yang bagus sangat untuk train otak anak2 kita untuk menghafaz. Otak mereka cepat berkembang dan menerima input dengan baik sekali. Sebab itulah pilihan sekolah pada tahap umur begini amat penting. Kebanyakan ibu bapa sering memandang ringan tentang persekolahan anak2 semasa tadika.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Jom hafaz doa Dhuha ni.. Kepada yang ada masalah menghafaz tu (dewasa atau kanak2), jangan bimbang.. InsyaAllah ada penyelesaiannya..

Nak tau apa dia..?? Stay tune ok.. nanti saya akan cerita.

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu Bihaqqiduhaa-Ika
Wa Bahaaika Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha KecantikanMU, keindahanMU KekuatanMU, kekuasaanMU Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh


5 comments:

  1. Memang indah doa dhuha ni... bacaan wajib selepas solat... jom jemput rezeki dengan dhuha...


    Vitamin Terbaikku

    ReplyDelete
  2. Dhuha..solat yg patt diamalkan...

    ninyfariza82.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bila dah terbiasa solat dhuha rasa sayang nak tinggal.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sejak WHAM solat dhuha xpernah miss...doa dia sangat indah,menusuk ke qalbu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, anak-anak saya juga dah menghafal doa Dhuha. Tiap kali lepas saya solat dhuha, diorang duduk dan baca doa dhuha sama-sama

    Bantu anak dapat keputusan cemerlang dengan Minyak...

    ReplyDelete