Hari ni saya nak share satu tips untuk mengelakkan mengantuk selepas waktu lunch hour..
Kebiasaanya, selepas waktu lunch kita pasti akan rasa mengantuk.. Almaklum lah.. masa lunch tu makan macam 3 hari tak makan. Lauk pauk kat restoran atau gerai makan sangat2 menyelerakan. Kalau ambil sedikit pun sama harga macam ambil banyak. Alang2, baik ambil banyak terus kan quantity nasi dan lauk tu. Baru puas hati nak membayarnya, ye dak..?
Kenapa kita rasa nak makan sangat atau lapar gila masa lunch..? Ini disebabkan kita tidak mengambil hidangan yang betul waktu sarapan. Bila sarapan ala kadar, perut mula la bernyanyi di waktu lunch. Pastu macam2 menu keluar dalam fikiran nak makan apa waktu lunch walaupun baru pukul 10 pagi. Lebih2 lagi kalau tempat kerja kita dikelilingi dengan tempat2 makan yang memang termimpi2 kalau tak pergi..
Satu pagi tu masa saya nak pergi kerja saya terdengar tips ni di radio. Radio apa pun saya tak pasti sebab dah jarang dengar radio apatah lagi tv. Hehehe, busy bebeno la katakan..
Penyampai tu kata:-
☝ kalau sarapan biar macam raja
✌ kalau makan tengahari biar bersederhana
👌 kalau makan malam biar macam orang papa
Maksudnya,
- kalau kita sarapan, biarlah ambil hidangan yang berat. Ini kerana tubuh kita memerlukan tenaga sepanjang hari. Sarapan sangat penting. Macam enjin, kalau diberi minyak yang berkualiti, pasti enjin tu akan bergerak lancar sepanjang hari.
- makan tengahari pula biarlah diambil sederhana sahaja. Cukup sekadar mengalas perut supaya tidak lapar hingga petang dan tidak diserang gastric.
- makan malam pula biarlah diambil sedikit. Ini kerana perut kita memerlukan rehat. Seperti kita yang letih seharian bekerja, begitu juga perut kita.
Selain dari itu, satu lagi tips mengelakkan mengantuk selepas lunch ni adalah dengan merehatkan mata atau lelapkan mata sebentar di waktu lunch.
So, cara yang terbaiknya adalah, waktu lunch tu kita solat zohor dulu. Selepas tu makan sedikit. Kemudian berehatlah 5 minit.. InsyaAllah. Selain dapat mengatasi mengantuk tu, kita juga dapat fadhilat solat diawal waktu.
Cara begini juga dapat mengelakkan perut buncit tau..!!
Saya dah amalkan dan ianya memang berkesan.
Selamat mencuba..