Thursday, October 16, 2014

Sujud Sahwi - bagi menampung kekurangan dalam solat

As salam..

Dua tiga hari ni tak tau kenapa kurang focus dalam solat subuh sampai terlupa nak baca doa qunut. Especially bila baby dah bangun waktu tengah solat dan tiba-tiba je menjerit menangis haa mula lah saya hilang tumpuan.

Tapi Islam itu mudah.. Islam itu indah.. Jika kita terlupa pasti ada cara untuk menggantikannya.

Sujud sahwi adalah cara untuk menampung kekurangan dalam solat. Saya ada terbaca artikel di dalam MyMetro yang akan saya share kat sini supaya menjadi panduan pada yang tak tau apa dan macam mana nak buat sujud sahwi.

Semoga mendapat manfaat, k.




MEMBACA qunut dalam solat Subuh menurut mazhab Imam Syafie termasuk dalam sunat ab’adh iaitu perkara sunat dalam solat yang mesti dilakukan. 
Selain qunut, sunat ab’adh termasuk membaca tasyahhud awal, selawat atas nabi selepas tasyahhud awal, selawat atas keluarga nabi selepas tasyahhud akhir, duduk bagi membaca tasyahhud awal dan akhir serta selawat atas nabi dan ahli keluarga selepas qunut. 

Jika seseorang tertinggal atau meninggalkan satu sunat ab’adh maka dikehendaki sujud sahwi. Sujud sahwi disyariatkan bagi menampung kekurangan dalam solat. 

Sujud sahwi hendaklah dilakukan sebanyak dua kali sebelum memberi salam walaupun banyak perbuatan yang dilupai. Ia disertai dengan niat sujud sahwi umpamanya tertinggal qunut atau tasyahhud awal. 

Dalam kes anda, apa yang sepatutnya dilakukan ialah meneruskan solat seperti biasa dan sujud sahwi sebelum memberi salam kerana tertinggal qunut. 

Apabila sudah sujud dengan sempurna, anda tidak dibenarkan bangun kembali untuk membaca qunut. Ini kerana ia dikira menambah sesuatu dalam solat dan boleh membatalkan solat. 

Kecuali anda ingat sebelum sujud secara sempurna (iaitu selepas meletakkan seluruh tujuh anggota), maka anda boleh kembali membaca qunut. 

Bagaimanapun, jika terlupa atau jahil mengenai perkara itu, tidak membatalkan solat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03



BACAAN DALAM SUJUD SAHWI