Friday, October 17, 2014

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

As salam..

Adrenalin ku laju.. Ye lah, sepanjang hari asyik duk berjalan kehulu kehilir.. Semenjak naik train gi kerja ni, rutin harian saya adalah berjalan kaki dan naik turun tangga. Kepada yang biasa turun di station KTM Bank Negara untuk kepejabat masing2 tu pasti faham macam mana situasi perjalanan kat situ kan.

Ditambah lagi semasa dipejabat yang memerlukan saya berjalan kesana kemari untuk menyiapkan task yang diberikan. Well, actually it's very2 good for our health la kan.. Sekarang saya dah biasa. Awal2 dulu agak flat jugak la.. kejutan budaya jugak buat saya yang dah lama tak mengaktifkan diri dengan berjalan ni. Tu pasal sihat wal-afiat badan tu.. Duk menternak lemak2.. Hampir 10 tahun jugak lah bekerja naik kereta sendiri. Sampai opis duduk je buat paperworks.

Sekarang semua kena independant. Padan muka lemak2 tak sempat nak membiak. Alhamdulillah.. berkat cultural shock tersebut (banyak berjalan kaki), berat badan dah banyak kurang.. Dan yang happy nya hari ni dapat menyarungkan semula baju kurung masa muda remaja dulu. Hehehe.. (masa muda pun idak la kurus mana pun.. hahaha).

Tapi at least, transformasi yang hebat buat saya. Tepukan pada diri sendiri. 👏👏👏

Ok lah.. actually, saya baca ni kat fb post Jamayah Bujang yang menceritakan tentang "8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki" yang saya rasa menarik. Ye la, semenjak banyak berjalan ni kan.. (perasan jap). Tapi kat sini saya akan cerita ringkasan je, k. Kalau nak lebih details boleh jenguk kat personal fb dia.

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

✔ SERANGAN JANTUNG - berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Dengan sering berjalan, kolesterol baik (HDL) yang berkerja sebagai span penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan pantas.

✅ STROKE - Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang berkerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga 2 per 3.

✔ MEMBAKAR LEMAK - Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Kelebihan kalori yang tersimpan didalam tubuh juga akan terbakar.

✅ MELANGSINGKAN BADAN - Pergerakan kaki dan seluruh tubuh mampu melangsingkan badan.

✔ KANSER - kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma) kerana dengan banyak bergerak, badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kajian lain juga menunjukkan berjalan boleh menurunkan risiko kanser payudara

✅ MENCEGAH OSTEOPOROSIS - Sering berjalan juga bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka dan tulang juga turut sihat dan kuat.

✔ MENCEGAH KENCING MANIS - Dengan rutin berjalan kira2 6km perjam , dalam tempuh kira2 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka  yang bertubuh gemuk  Gula dalam darah juga boleh dikawal dengan cara bergerak badan (brisk walking).

✅ DEPRESI - Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi  yang biasanya diambil secara rutin.


SO, MARILAH KITA BERJALAN KAKI..