Monday, October 20, 2014

Musibah

As salam..

Setelah beberapa hari tak mengarang entry. Disebabkan musibah melanda apabila seluruh keluarga diserang sakit mata. Bermula dari baby saya.. kemudian diikuti pula dengan saya, ibu, kakak dan sererusnya anak lelaki saya dan beberapa anak buah. Almaklumlah.. kami keluarga besar yang tinggal sebumbung. Tak sangka pulak virus ini begitu cepat merebaknya.

Tapi hati dan tangan ni gagah dan gigih nak mengarang entry. Walaupun mata tak berapa mengizinkan untuk saya menaip. Tapi mungkin disebabkan cabaran yang diberikan oleh upline saya, diri ni sentiasa membara dengan kata positif yang sentiasa disuntik kedalam jiwa.

Apa puncanya sakit mata ni?? Pelik juga bila tiba2 baby saya terkena sakit mata. Bila disiasat rupanya salah seorang anak yang ibu saya jaga tu memang dah kena jangkitan. Cuma sakitnya tak berapa nampak. Ibu kepada budak tu kononnya nak selamatkan anak kecil dia dari kena jangkitan. So, dia serah la anaknya minta ibu saya jaga. Tapi rupanya memang dah kena juga. Tak pasal2 kebanyakan keluarga saya mendapat sakit mata.

Kalau pergi klinik mahupun hospital, takde apa yang doktor mampu lakukan. Cuma diberikan ubat mata jenis eye drop dan jenis tube cream tu. Doktor nak pegang pun takut dia pulak kena jangkitan.

Kasihan juga pada anak2 kecil yang kena. Alhamdulillah, saya lihat baby dan anak kedua saya tidak seteruk yang orang dewasa kena. Allah masih melindungi anak2 kecil ini. Alhamdulillah juga, anak2 saya diberi Mealshakes Shaklee yang bertindak sebagai multivitamin. Mungkin salah satu sebab juga kenapa mereka tidak mendapat jangkitan yang teruk.

Sakitnya sakit mata ni, Allah je yang tahu.. Pedih, berpasir, sengal, tak selesa dengan bertahi mata dan air mata yang banyak.. dan macam2 rasa lagi la. Sekali pandang dah macam zombie pun ada mata masing2.. hahaha.. Dengan keadaan tak selesa ni macam mana la nak rehat kan. Anak2 soleh dan solehah pun nak dipantau juga. Itu lah pengorbanan seorang ibu. Kena sentiasa berkorban walaupun diri sendiri tak berdaya.

Selain ubat yang doktor beri, saya juga memberi keluarga saya makan Sustained Release Vitamin C Shaklee. Untuk menguatkan antibodi kami dan bagi menggantikan antibiotik. Semoga ianya membantu mencepatkan lagi healing process.

Saya yakin dengan Allah.. sakit itu mensuci dosa. Semoga dugaan dan ujian ini membawa kebaikan kepada kami sekeluarga. Semoga ada rahmat yang baik disebaliknya. Semoga ada pelangi selepas hujan. Semoga saya juga menjadi seorang yang lebih tabah dan sabar dalam mengharungi pelbagai rintangan yang mendatang.

Semoga musibah ini berlalu pantas tanpa kembali lagi.. Bukan apa, risau juga dengan kerja pejabat yang tertangguh. Almaklum lah.. under probation period lagi. Ada orang kata, baru kerja dah mc. Tapi bukan saya pinta semua ni terjadi. Semuanya ketentuan Illahi. Saya hanya serahkan segalanya termasuk rezki saya pada Allah. Dia Penentu Segala.. At Tawakkal Allallah..