Tuesday, October 14, 2014

10 rahsia bersedekah di dunia dan akhirat

Bismillah..

Kadang2 bila kita dalam kesusahan, kita selalu bertanya pada Allah, "kenapa lah Kau duga aku begini..", "kenapa lah Kau duga aku begitu..", betul tak..?

Tapi pernahkah bila kita diduga tu kita bertanya pada diri sendiri, "kenapa agaknya Allah duga aku camni..? Adakah disebabkan aku dah lama tak bersedekah pada yang memerlukan..? Adakah aku terlupa sedekahkan fatihah dan doa pada kedua ibu bapa..? Adakah aku begini..? Adakah aku begitu..?".

Berapa ramaikah yang menuding pada kekurangan diri apabila dilanda musibah..? Tak ramai kan..? Ye la, kita semua manusia yang selalu melakukan kesilapan. Tapi, janganlah selalu sangat menyalahkan Allah apabila Dia menduga kita. Sebaliknya, lihatlah kembali akan kelemahan dan kekurangan diri kita. Kita sering terlupa.. kita sering terleka.. Begitulah sifat manusia termasuk lah diri saya.

Saya juga akui yang saya juga banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi apabila kita menyedari akan kekurangan dan kelemahan itu janganlah kita biarkan diri kita hanyut dan terus menerus melakukan kesilapan tersebut. Cepat2 lah lakukan sesuatu sebelum kita diberi peringatan oleh Si Pencipta.

Perasan tak, kita selalu berlumba2 untuk mengumpulkan points sesuatu kad promosi untuk mendapatkan reward2 yang menarik. (Salah satu favorite saya gak nih.. hehehe..). Tapi kenapa kita susah sangat nak mengumpulkan points untuk mendapat reward di akhirat kelak.. Ye, sebab points kebaikan itu tidak boleh dilihat. Hanya Dia yang mengetahui. Kalaulah setiap manusia diberi kad mengumpulkan points untuk mengejar reward diSana nanti agaknya berlumba2 orang nak buat kebaikan kan. Allahua'lam.. Hahaha..

Sedekah ni tak semestinya dengan wang ringgit. Kita senyum pun sedekah, kita bercakap baik pada orang pun sedekah, kita beri orang yang memerlukan tempat duduk dalam train pun sedekah. Mudah sebenarnya untuk mendapat points akhirat ni. Asalkan semuanya kerana Allah Taala dan bukan untuk megahkan diri.




Ok, lah.. saya nak share kat sini tentang 5 kebaikan bersedekah di dunia dan 5 kebaikan bersedekah di akhirat. (Pendek katanya rewards bersedekah la ni..).

DI DUNIA
# Mensucikan harta
# Mensucikan badan/hati
# Menolak bala dan penyakit
# Menggembirakan orang yang memerlukan adalah amalan yang sangat2 mulia
# Hartanya diberkati dan Allah meluaskan/menggandakan hartanya
5 DI AKHIRAT
* Di naungkan dia dari panas akhirat
* Di ringankan hisabnya
* Di beratkan timbangan amalannya yang baik
* Di mudahkan melalui titian siratulmustakim
* Di tambahkan darjatnya di dalam syurga.
SELAMAT BERAMAL & MENGUMPULKAN POINTS AKHIRAT.. 😊