Thursday, June 12, 2014

Kereta vs. Basikal


vs.




Bila teringat kisah ni aku jadi sengih sorang2.. Mana taknya.. Terjadi pada diri sendiri. Ada lesen keta dah 17 tahun. Tapi nak pam tayar keta pun tak reti..

Kisah ni terjadi kelmarin bila tayar keta aku kurang angin. Time nak balik keje kan peak hours. Sah2 la terpaksa kena pam dulu. KL-Klang bukan dekat walaupun pada hakikatnya dekat je. Tapi dek kerana jem, mesti 1-2 jam perjalanan. So, sebelum terkandas kat tepi hi-way dan menjadi bahan perhatian terpaksalah aku menggagahkan diri untuk pam tayar. Sebelum sampai petrol station lagi aku dah siap2 call En Hubby untuk brief cara2 nak pam. Sekarang kan digital meter. Takut terlebih setting kang meletup lak tayar keta tak pasal.

Dalam hati kata "Ah, sampai kang panggil la ps attendant tu tolong aku". Sekali sampai, sorang pun tak nampak muka.. Aduh.. Tetiba datang sorang nyonya sorong basikal datang kat pam ni nak pam tayar basikal dia. Dengan ramahnya aku cakap ngan dia "Jap ye aunty.. saya mau pam tayar tapi tak pandai. Tak tau berapa nombor mau tekan". Dengan selambanya dia kata "U kena tengok kat pintu kereta u, ada tulis ma..". Aku pun bukak pintu keta. Dia tunjuk kat aku kat mana nak tengok dan dengan baik hatinya dia pam kan tayar aku.. Siap pesan lagi suh aku gi kedai tayar berdekatan coz tayar aku ni bocor. Takut tak leh jalan jauh. Alhamdulillah.. Ada jugak insan yang nak menolong. Tapi malu sendiri la.. Nyonya naik basikal pun expert pasal keta.

Tapi sekarang aku dah pandai. Next day tu gi pam tayar lagi coz tak sempat nak gi kedai tayar. Dah belajar dari pengalaman. Senang je sebenarnya nak pam tayar ni. Aku je yang tak confident dan tak nak belajar. Fuh! Kena lebih positif lepas ni.

Anyway, credit to nyonya tu. Baik sangat.. Semoga ada orang lain yang menolong dia waktu dia dalam kesusahan.