Tuesday, November 11, 2014

Tonsilitis juga boleh menyerang kanak-kanak

As salam..

Saya pernah mengalami tonsilitis ni semasa berumur awal 20an. Sakitnya bila diserang tu Allah je yang tahu. Nak makan tak boleh, nak minum tak boleh malah nak telan air liur sendiri pun sakit yang amat. Tonsilitis yang saya alami memang dah peringkat teruk sehingga pernah bernanah. Bayangkan bernanah di tekak. Macam mana pulak nak keluarkan kan. Nak taknak terpaksa menelan. Rasanya... taubat taknak lagi. Bila saya refer kat doktor, doktor cakap tonsil saya antara yang besar yang dia pernah tengok. Masa tu saya refer doktor pakar di PPUM. Takde cara lain selain perlu dibedah dan dibuang.

Tonsilitis ni sangat bahaya sebenarnya kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman pada jantung dan paru2. So, kepada yang ada tonsilitis tu jangan takut2 untuk refer pada doktor okey.

Perasaan takut dan nervous tu memang ada. Mula2 saya pun camtu. Terfikir macam mana la agaknya doktor tu nak operate. Kena sembelih ke untuk keluarkan tonsil tu.. almaklumlah, tonsil tu kat tekak kan.. rupanya, tak perlu pun. Doktor hanya menggunakan laser (masa tu la) untuk membuang tonsil tu dari tekak. Takde luka luar pun. Hahaha.. cetek betul ilmu saya. Ye la, dulu mana ada internet yang meluas.

Baru2 ni saya dikejutkan pula dengan khabar anak buah saya yang berumur 5 tahun perlu dibedah untuk membuang tonsilnya. Rupanya dia dah kena seawal umur dia 2 tahun. Tak dapat saya bayangkan.. Sedangkan saya yang umur 20an masa tu pun tak sanggup menahan sakitnya inikan pula kanak2 kecil ni. Tapi mungkin cara doktor sekarang lebih moden dan cara pembedahan sekarang pun lebih maju. Semoga pembedahan dia success dan anak buah saya sihat kemudian nanti.

Gambar tonsil anak buah saya yang perlu dibuang.


Okey, saya nak cerita sikit serba sikit tentang tonsilitis..

APA ITU TONSILITIS?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.



APAKAH PENYEBAB DAN GEJALA RADANG TONSIL?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-


1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur




Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.


sumber


Dientry yang akan datang saya akan share kan bagaimana cara untuk mencegah tonsilitis, k. Stay tuned..

23 comments:

  1. Semoga ank buah irene cepat sembuh ye..ye la kita yg dewasa ni pun kalau sakit xtertanggung rasanya ini kan pula ank kecil


    Tip Awet Muda

    ReplyDelete
  2. semoga anak saudara irene selamat dan sihat seperti sedia kala...

    ReplyDelete
  3. bahaya jugak tonsil nie...berat badan turun mendadak...kesian tgk klau org yg kena tonsil ni...xmkn kadang2 xdpt telan..
    jom baca: Rawat Keputihan Semasa Hamil

    ReplyDelete
  4. Shida pernah mengalaminya dl..
    Sakit sht.
    nak mkn pun tak boleh
    berat pun trn mendadak
    Tapi tak smpai kena operate.just bg antibiotik selama 3 minggu.

    ReplyDelete
  5. anak ida baru ni 2 kali diserang tonsil akibat minum air gas.. kali pertama tak tahu punca demam mendadaknya, g klinik doktor bg tahu haikal kena tonsil.. bila di selidik, rupanya disebabkan dia minum air gas tengah hari tu.. kali kedua akibat kecuaian ibu dia ni ha yang pelupa, sekali lagi haikal minum air gas dan serta merta terus demam secara mengejut.. lepas ni kena hati-hati la..

    KEPENTINGAN OMEGA GUARD KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    ReplyDelete
  6. Kesiannya. Semoga cepat sembuh ye..Kesian sangat kalau budak2 kena pnyakit nie..

    AKU TAK NAK STRESS

    ReplyDelete
  7. Terima kasih semua yang mendoakan.. lepas ni nak bagi dia consume supplement untuk mencegah dari berulang.

    ReplyDelete
  8. Anak kedua saya hampir dibedah utk buang tonsil ketika umur baru nak masuk 2 tahun, gara2 kerap dpt tonsillitis akibat mudah berjangkit demam drpd anak-anak lain di taska. Apabila saya resign dan jaga sendiri anak-anak di rumah, byk masalah kesihatan mereka selesai. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Takutnya sebab anak saya demam ni dan doktor cakap tekak dia merah..


    Makanan untuk tingkatkan kesuburan pesakit PCOS

    ReplyDelete
  10. Smg semua nya berjalan dgn lanjar irene...
    Smg cpt sembuh syg...

    ReplyDelete
  11. Semoga anak kecil itu tabah menghadapi dugaan Allah... Better berikan supplemen utk kuatkan antibodi dia... Shaklee is the best supplement for all...


    Tips Tingkatkan Kesihatan Mata Agar Lebih Sihat Dan Cantik Bak Artis Korea

    ReplyDelete
  12. Kalau boleh janganlah kena pada kanak-kanak kita penyakit seperti ini. Kasihan kepada kanak-kanak . .sebab pasti sangat sakit dan susah nak makan.

    Sanggup Tinggalkan Mak Dirumah Hanya Kerana Mak Sakit Lutut

    ReplyDelete
  13. Biasa yg saya pernah kena, sakit tekak yg smpai tak boleh telan air liur..masa tu Allah je yg tau, sakitnya..huhu..last2 pulun makan ais cream vanila, ok la sikit lepas tu..hehe

    ReplyDelete
  14. Anak kecil memang mudah dapat penyakit tonsil. Alfateh pun pernah detect tonsil tapi masih diperingkat awal. Salah satu sebab berpunca dari suka hisap jari. Jari dah main macam-macam kan.. kotor. So kena kerap basuhkan tangan dia.

    ReplyDelete
  15. anak selalu demam bila tonsilnya membengkak...

    ReplyDelete
  16. Tonsilitis memang menyakitkan lagilah kalau terjadi pada kanak-kanak. Moga anak buah cepat sembuh ye.
    Tips Hilangkan Angin Dalam Badan

    ReplyDelete
  17. Ada kawan kat office anaknya3 tahun menghadapi masalah ini...

    ReplyDelete
  18. Anak saya pun pernah kena tonsil,tapi alhamdulillah cepat p klinik..dalam dua tiga hari jugak tak nak minum susu..sakit kan..

    ReplyDelete
  19. pernah saksikan sepupu yang buat pembedahan buang tonsil ni. rasa ngeri pun ada. lepas buat tu dia makan aiskrim nak bagi hilang rasa perit kat tekak..

    ReplyDelete
  20. Bagus info ni..tertanya-tanya juga apa tu tonsillitis. Tq for sharing.

    Boleh Ke Minum Air Sejuk Semasa Hamil

    ReplyDelete