As salam..
Salam eidul adha untuk semua muslimin dan muslimat walau di mana saja berada. Terutama buat suami tercinta yang jauh diperantauan.
Bukan mudah untuk menjadi ibu dan ayah dalam satu masa (sebab suami outstation). Dan at the same time menjadi anak kepada kedua ibu bapa kita, dan menjadi pekerja kepada majikan kita.. itu belum termasuk menjadi isteri kepada suami kalau dia balik nanti.. Wow!! Hebat kan wanita ni. Tu pasal la kita ni digelar super wonder women. Hahaha..!
Dan disebabkan kesibukan itu lah kadang2 kita terpaksa berkorban, atau terpaksa mengorbankan. Begitulah realiti kehidupan dizaman ini.
Sebagai balasan kepada anak2 tercinta saya ini, saya nekadkan diri pada hari raya korban ini untuk mengorbankan waktu dan apa saja untuk membahagiakan mereka. Dah lama rasanya tidak menghabiskan masa bersama amanah Allah ini disebabkan oleh tuntutan dunia. Dan hari ini saya berjanji untuk menghabiskan waktu bersama kesayangan beta ini.
Reward untuk cinta, cinta, cinta, saya telah membawa cinta hati saya ke Kids Paradise di Klang Parade. Walaupun harga masuk untuk seorang anak je macam tak masuk akal je cajnya.. Namun, bila melihat keceriaan mereka, hilang rasa penat yang sekian lama terkumpul. Takpe, demi cinta hati mommy nih, apa saja mommy akan korbankan.
InsyaAllah, selepas semuanya telah selesai dan target mommy sudah tercapai, mommy akan lebih banyakkan masa untuk kamu semua ya..
Bahagia sangat bila dapat membahagiakan orang lain, terutama orang2 yang kita sayang.