Friday, October 10, 2014

Rahsia Zikir Ya-Latiff & Ya-Wahhab

Bismillahi..

Pada hari jumaat yang penuh barakah ini saya nak share pada semua tentang rahsia zikir Ya-Latiff..

Sebelum tu saya nak cerita sikit bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan zikir Ya-Latiff ini dan menjadikannya sebahagaian dari zikir harian saya.

Pada suatu hari dalam keadaan saya tersangat down disebakan kesempitan kewangan dan biz yang slow, saya telah mintak nasihat dari upline biz saya yang saya panggil nanny.. Dia telah mengajar saya untuk mengamalkan zikir Ya-Latiff yang bermaksud Yang Maha Penyayang dan zikir Ya-Wahhab yang bermaksud Yang Maha Pemberi. Beliau telah menyuruh saya mengamalkan zikir2 tersebut setiap hari sebanyak 300x sehari.

Bermula dari itu, saya pun menjadikannya sebahagian zikir harian yang wajib menjadi basahan bibir saya.

Ya, Allah itu memang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pemberi.. Memang pada mulanya ianya tak nampak apa2.. Ye lah, zikir tu bukan ayat mentera atau magic yang bila kita sebut, tang tu jugak kita dapat. Apabila dah consistent dalam 2-3 hari, alhamdulillah kesannya sudah nampak. Allah mengizinkan saya mendapat rezki dari sumber yang tidak disangka2. Syukur kehadrat-Nya kerana di saat itu memang saya dalam keadaan kesempitan yang kritikal.. Walau pun tak banyak, tapi rezki itu sentiasa ada untuk menampung perbelanjaan harian saya dan anak2.

Memang pada mulanya saya mengamalkannya untuk menarik rezki. Tapi lama kelamaan ianya menjadikan saya lebih menyayangi Pemilik zikir2 tersebut.

Setelah consistent dalam sebulan, baru saya perasan kesan2 lain. Dalam tak sedar rupanya saya jarang memarahi anak2 seperti dulu. Saya ni ibu kepada 3 anak2 yang selang 2 tahun. Dalam keadaan permata hati saya tu yang dah mula banyak akalnya, almaklumlah, bila sel2 otak mereka dah mula berhubung, macam2 idea mereka lakukan untuk menarik perhatian saya dan suami. Tapi kadang2 tahap kesabaran saya terlalu nipis.

Alhamdulillah, effect zikir Ya-Latiff dan Ya-Wahhab telah membuatkan kasih sayang saya pada anak2 dan suami begitu mendalam. Saya jarang meninggikan suara dah pada mereka walaupun kadang2 dalam keadaan saya penat.

Rezeki pula, masyaAllah.. amin.. ada saja yang datang walapun kadang2 tak tau dari mana datangnya.. amin Ya-Allah.. Terima kasih kepada Yang Maha Pemberi.. Semoga Kau sentiasa melimpahkan keatasku, suamiku, kedua ibubapa kami dan anak2 kami dengan rezki2 mu yang halal dan tidak disangka2.

Cubalah, kalau tak percaya.. The effect was so amazing..

Tak salah kalau kita niat untuk rezki contohnya. Selagi ianya masih kerana Allah. InsyaAllah, Allah akan bukakan hati kita untuk lebih menyayangi Dia dan lebih mendekati Dia. Jangan lupa sentiasa bersyukur walaupun apa yang kita dapat tu hanya sedikit. Kerana setiap dugaan Allah itu pasti akan diberikan ganjaran yang baik.

Sesungguhnya yang baik itu hanya dari-Nya dan tak baik itu dari kelemahan kita sendiri.

Allahua'lam..

Assalamualaikum..