Tuesday, October 7, 2014

Petua urutan bayi

Bismillah..

Selalu bila saya berseorangan sewaktu ketempat kerja atau pulang pasti akan teringat akan anak2 saya. Terutama pada baby saya yang baru berusia 6 bulan yang sekarang ni baru berusaha untuk merangkak.

Seronok bila ingatkan anak2 ni. Pasyi akan tersenyum sendiri bila teringat keletah mereka. Walaupun kadang2 geram bila mereka sering buat sesuatu untuk tarik attention kita.

Setiap kali lepas mandikan anak2 pula pasti saya akan berkejar2an dengan mereka untuk memakaikan pakaian mereka. Memang mendatangkan geram sebab kadang2 kita mengejar masa untuk menguruskan yang lain. Tapi itulah yang saya rindukan bila berjauhan dengan mereka.

Tapi, walau sibuk macam mana pun, sebelum memakaikan pakaian mereka saya pasti akan mengurut badan mereka dulu walaupun sekejap. Untuk memberikan mereka kesegaran sepanjang hari. Waktu ini lah yang saya suka sangat sebab kalau kena bahagian2 badan mereka yang mereka sensitif/geli pasti mereka akan mengekek ketawa.

Urutan bayi adalah cara hebat untuk menjalinkan ikatan bersama si manja. Setiap detik yang anda luangkan bersama anak2 anda akan mengeratkan kasih sayang dan ikatan murni antara anda dan si manja. Sentuhan kulit ke kulit semasa urutan akan membuatkan ikatan yang erat antara anda dengan simanja. 

Perkara yang anda perlu tahu sebelum memulakan urutan:-

♡ Masa terbaik untuk mengurut bayi adalah ketika si manja anda berada dalam keadaan jaga dan mempunyai angin atau ‘mood’ yang baik.

♡ Elakkan mengurut sejurus selepas diberi makan.

♡ Lihat samada si manja suka diurut. Jika si manja tidak suka dia akan memusingkan kepala, memuncungkan mulut, menyeringai atau menangis. Jika ini berlaku, cuba lakukannya bila si manja di dalam keadaan yang lebih baik. Jika tiada tanda-tanda tersebut, teruskan mengurutnya.

♡ Gunakan losyen bayi atau minyak untuk membantu mengurangkan geseran dan menjadikan urutan lembut dan menenangkan.

Langkah Demi Langkah Urutan Si Manja
  • Kepala
  • Mulakan dengan mengurut kepala bayi hingga ke pipinya dan terus ke bahagian bawah dagu si manja. Urut kepala bayi dengan lembut dalam gerakan membulat yang kecil. (Elakkan mengurut bahagian lembut kepala si manja baharu lahir).
  • Abdomen
  • Dengan menggunakan tangan anda, urut perlahan secara berselang- seli dari leher ke abdomen hinggalah ke ibu jari kaki. Jangan lupa untuk sentiasa melihat ke dalam mata si manja, bercakap dan menyanyilah kepada si manja ketika anda sedang mengurutnya.
  • Tangan dan Lengan
  • Pegang tangan dan pergelangan tangan si manja dengan sebelah tangan anda. Urut lembut bahu hingga ke lengan dan terus ke siku si manja dengan sebelah tangan yang lain. Ulangi urutan yang sama pada sebelah lagi tangan si manja. Kini, lakukan urutan yang sama di kedua-dua belah siku hingga ke pergelangan tangan si manja. Urut tapak tangan si manja dengan lembut menggunakan ibu jari anda. Buat pusingan membulat dan biar jari telunjuk serta ibu jari anda mengurut jari-jari si manja, satu jari pada satu masa.
  • Belakang
  • Letakkan si manja di dalam keadaan meniarap. Mulakan urutan dari leher dengan kedua belah tangan terus ke bawah dan kemudiannya ke kaki, dengan pergerakan membulat di kedua-dua belah di tulang belakang si manja anda. Kemudian urut si manja anda dari leher hinggalah tulang belikat. Akhirnya biarkan tangan anda melurut di belakang si manja. Elakkan mengurut di atas tulang belakang si manja.
  • Kaki
  • Kaki diurut dengan cara yang sama seperti tangan: urut dengan tangan berselang-seli bermula dari peha hingga ke lutut kemudian terus ke buku lali. Elakkan daripada mengurut tempurung lutut. Urut ke bawah sekali dari peha ke tumit. Lakukan yang sama ke sebelah kaki yang lain.
  • Kaki
  • Pegang kaki si manja dengan jari anda. Urut tapak kaki dengan menggunakan ibu jari, bermula dari tumit ke ibu jari dan diulang kembali. Urut keseluruhan tapak kaki secara lembut dengan pergerakan membulat. Jangan lupa urut tumit juga. Urut setiap jari kaki dengan lembut menggunakan jari anda. Urut mulai ibu jari hingga ke buku lali.
  • (Sumber)